WARNA bukan sahaja memainkan peranan penting bagi memberi seri kepada kediaman, malah menjadikan ruang dalaman nampak lebih luas.
Lazimnya, rona neutral menjadi pilihan ramai khususnya mereka yang sukakan konsep minimalis kerana sesuai dipadankan dengan perabot atau langsir.
Menurut House Digest, seleksi nuansa terang dan berani juga boleh menonjolkan sisi yang berbeza khususnya pada pintu rumah.
Percaya atau tidak, pemilihan rona terang pada pintu sangat penting bagi menyerlahkan signatur dekorasi pemilik selain menggamit orang untuk datang.
Pun begitu, tidak semua warna garang sesuai ya untuk dipadankan pada ruang pintu.
Bagi mereka yang sedang mencari idea dekorasi dan cat untuk pintu rumah, berikut lima pilihan rona ideal boleh dipertimbangkan:
1. Biru denim
- Orang kata, biru nampak lebih mendamaikan dan sejuk mata memandang.
- Jangan tersalah pilih kerana kod biru memang banyak dan boleh rambang mata dibuatnya.
- Apa kata serikan pintu rumah dengan seleksi biru denim yang lebih segar.
Baca juga 5 akaun Instagram dekor jadi pilihan ramai, boleh jana ilham naikkan seri rumah idaman
2. Hijau zamrud
- Menurut pakar psikologi, hijau antara warna yang memberi efek menenangkan, malah ditambah desain pintu Sheppard nampak lagi vazz.
- Pemilihan hijau zamrud bukan sahaja nampak kediaman lebih mewah, malah sesuai dipadankan dengan rona lain.
3. Hitam
- Tampil lebih klasik dan menawan.
- Tidak dinafikan elemen nuansa hitam sesuai untuk gaya moden, farmhouse atau tradisional.
- Lagi cun jika dipadankan dengan cat emas atau rose gold pada palang pintu. Memang cantik!
Baca juga Inginkan dekorasi menarik, tetapi rumah sempit? Jangan bimbang 4 kaedah ini boleh membantu
4. Kelabu
- Bagi mereka yang sukakan gaya minimalis, memang sesuai memilih rona kelabu pada ruang pintu.
- Bukan sahaja nampak elegan, ruang kecil pun terserlah lebih luas.
- Sudah tentunya, kediaman lama boleh transform menjadi baharu dengan satu pilihan warna sahaja.
5. Oren
- Nah! Rona terang dan menceriakan pada pintu rumah.
- Barangkali ramai yang tidak berani untuk mencuba kelainan, namun percayalah, seleksi tersebut mampu mengubah wajah kediaman 360 darjah.
- Jika dipadankan dengan nuansa kelabu terang, teratak nampak lebih hangat dan menceriakan.
Baca juga Dekorasi antik nuansa klasik dominasi rumah bujang
Jadi, mana satu pilihan kalian? Mesti ramai tidak sabar untuk mendekorasi rumah pertama selepas kunci diserahkan atau pun mereka yang sedang mencari look yang sesuai untuk rumahku syurgaku.
Orang kata, rumah menggambarkan personaliti pemiliknya, bagaimana pula kalian?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan