Dekorasi antik nuansa klasik dominasi rumah bujang

A
A
A

TIDAK keterlaluan menyifatkan Arman Yusof bukan seperti tipikal lelaki bujang yang hanya selesa mempunyai sebuah sofa panjang di dalam kediaman.

Masakan tidak, jejaka berusia 31 tahun yang kerap berkunjung dari satu hotel ke satu hotel untuk mendapatkan ilham dekorasi itu, sanggup menghabiskan kos hampir RM20,000 untuk mencantikkan rumahnya.

Pemuda yang kini menyewa di kondominium Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur berkata, beliau memilih dekorasi bertemakan oriental minimalis yang menggabungkan konsep suai dan padan barangan antik.

Hasil pemerhatian penulis, sisi kecantikan barangan antik tampak terserlah apabila ia diletakkan di sudut yang tepat. Misalnya, Arman menghiasi panel dinding ruang tamu dengan cat warna putih dan koleksi pinggan lama pelbagai corak dan saiz.

Kepingan pinggan disusun dari atas ke bawah itu diseimbangkan bersama tanduk rusa dan dua biji lampu ala klasik serta kipas daun yang selalu digunakan untuk membakar sate.

dekorasi armanKEDIAMAN bujang di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur itu menerapkan dekorasi bertemakan oriental minimalis yang menggabungkan konsep suai dan padan barangan antik.

Arman juga meletakkan lampu minyak tanah dan lampu dinding kerosene di kepingan kayu ukiran kerawang rona hitam sebagai penyeri kediaman.

Ini termasuklah, radio lama dan perabot berasaskan rotan.

Beralih ke ruang makan pula, beliau sengaja memilih konsep ala kopitiam. Susun atur meja makan bulat bersama empat kerusi kayu dilatari dinding dengan hiasan iklan dan poster zaman dahulu

memang 'menangkap' pandangan.

dekorasi armanARMAN menyatakan demi mendapatkan ambien santai beliau sanggup menghabiskan kos hampir RM20,000 untuk mencantikkan rumahnya.

“Seronok menerapkan konsep sebegini (ala kopitiam) kerana dapat mengimbas cara orang lama bersantai. Bagi memastikan tidak tersasar daripada tema kopitiam, saya guna set pinggan mangkuk dan kelengkapan makan konsep vintaj.

"Selain kole, talam besi bercorak bunga yang lazimnya dipakai pada kenduri majlis perkahwinan sekitar 80-an dan 90-an juga menjadi pilihan,“ terang Arman yang membeli barang antik antaranya di Pasar Kebun Getah, Perlis; Pulau Pinang; Melaka; Ipoh dan Taiping, Perak.

Ada juga koleksi yang diperoleh dari Kemboja, Indonesia, Itali dan Jepun.

PROFIL

Nama penuh: Arman Yusof

Umur: 31 tahun

Kerjaya: Kerani

Jenis kediaman: Kondominium

Keluasan: 950 kaki persegi

 

 

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca