MENGAMALKAN surah al-Waqiah dan dan Yasin sebagai makanan rohani hampir setiap hari antara rahsia kejayaan gadis ini dinobatkan sebagai tiga pelajar terbaik peringkat kebangsaan bagi keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021.
Nur Yasmin Hani Kasman, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja itu berkata beliau tidak menyangka meraih keputusan cemerlang STPM dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 membabitkan mata pelajaran Geografi, Sejarah, Pengajian Am, Bahasa Melayu dan Kesusateraan Melayu Komunikatif.
Katanya walaupun sebelum ini hanya meraih 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun tidak pernah menjadi halangan kepadanya untuk berusaha lebih gigih sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam STPM.
Baca juga: Ke-8 terbaik dunia, siswi perakaunan Malaysia Hannah Mumtazah ungguli ACCA
Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech
MURAH REZEKI DAN HAJAT DIMAKBULKAN
Baca juga: “Buat mummy rasa wanita terbahagia dunia akhirat. ” Result anak cemerlang, Didie Alias luah sebak!
"Saya percaya antara penyumbang kepada kejayaan saya hari ini adalah amalan bacaan surah al-Waqiah dan Yasin yang diamalkan hampir setiap hari.
"Saya mula mengamalkannya selepas melihat satu hantaran di media sosial, Instagram yang memaklumkan mengenai kebaikan mengamalkan surah berkenaan dan sejak daripada itu saya tidak putus membacanya," katanya.
Berkongsi kejayaan itu, Nur Yasmin yang bercita-cita menjadi guru Bahasa Melayu berkata antara kebaikan surah al-Waqiah adalah dimurahkan rezeki, manakala surah Yasin pula segala hajat yang dipohon akan dimakbulkan ALLAH SWT.
"Amalan surah ini menjadi ikhtiar dan 'makanan' rohani saya sebagai persediaan menduduki STPM. Bagaimanapun, usaha lain seperti solat sunat hajat dan sebagainya turut dilakukan.
ULANG KAJI MALAM
[caption id="attachment_90119" width="800"] Nur Yasmin ditemu ramah media (Kredit foto: Fcebook Hasnita Mahmud)[/caption]
"Kebiasaannya saya akan mengulang kaji pelajaran bermula 9.00 malam hingga selewat-lewatnya 2.00 pagi," katanya yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.
Anak kedua daripada empat adik beradik itu turut menghadiahkan kejayaannya itu kepada ibu bapanya, guru serta rakan sekolah yang banyak membantu dan memberi sokongan.
Semoga kisah kejayaan Nur Yasmin menjadikan pendorongbuat golongan wanita agar tidak mudah berputus asa menempuhi kepayahan untuk memajukan diri.
Baca juga: Anak jati Muar Timbalan Ketua Juruteknologi NASA, 6 fakta menarik Florence Tan
Sumber: BERNAMA
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.