Selain ibu, bapa juga sebak, sampaikan khutbah nikah anak sendiri, Dr Zulkifli menitiskan air mata

Iklan
2

TIDAK hanya seorang ibu, hati bapa turut terusik saat melepaskan anak yang tersayang melayari bahtera perkahwinan. Walaupun sebelum ini biasa menjalankan tugas menyampaikan khutbah pernikahan, namun apabila tiba giliran anak sendiri, rasa sebak mengepung dada hinggakan air mata menitis.

Perkongsian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Sri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri semasa menyampaikan khutbah pernikahan anaknya, Mohammad Hasanain selepas selesai ijab kabul.baru-baru ini menyentuh hati warga maya.

Iklan
Iklan

Antara titipan beliau ialah memahami pernikahan sebagai sunah Rasulullah SAW yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredaan ALLAH SWT, menjaga pergaulan yang baik antara suami dan isteri dan menyelesaikan masalah yang mendatang dengan toleransi, bukan mengikut hawa nafsu.

Iklan

Baca juga: Tiram mentah diperah lemon jadi buruan ramai, wanita wajib tahu ini ulasan Dr Zulkifli

Baca juga:Ayam jantan berkokok waktu malam tanda ia melihat malaikat itu benar- Dr Zulkifli

Iklan

[caption id="attachment_90229" width="800"] Kredit foto: Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri[/caption]

"Hendaklah banyak qiyam dan mohon istighfar kepada ALLAH. Jangan lupa wahai anakku sembahyang malam dan sentiasa menyuruh keluarga untuk solat fardu.

"Perkara terakhir yang hendak saya sampaikan ialah jangan lupa berbakti kepada ibu bapa dan kepada orang-orang tua, menyambung silaturahim. Begitu juga nafkah, wajib ditunaikan kepada isteri, ” katanya yang turut berpesan agar mengamalkan doa daripada ayat 74, surah al-Furqan.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Facebook, Dr Zulkifli menitip beberapa pesanan buat anak dan menantu.

"Ramai yang ingin menawan hati pasangan tetapi lupa yang hati itu hakikatnya dimiliki pemilik segala hati dan cinta iaitu ALLAH SWT. Sepanjang pengamatan abah, ada beberapa ramuan penting untuk pedoman anakanda.

1. Kejujuran dalam melayari bahtera kehidupan.

2. Setiap pasangan bertangunggjawab dengan peranan masing-masing.

3. Zahirkan pengorbanan.

4. Sentiasa mengutamakan solat berjemaah dan solat malam.

5. Mengambil iktibar daripada pasangan lain. Bbaik dijadikan teladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.

6. Perbanyakkan doa. 

"Dalam bahagia ada ujian. Itulah sunatullah yang mematangkan dan menguatkan ikatan kasih. Selamat melayari alam rumahtangga,” coretnya.

Baca juga: Jumpa wang di tepi jalan, ambil atau biarkan. Ini penjelasan Dr Zulkifli

Baca juga: Sah atau tidak solat berimamkan seorang perokok, ini kata Dr Zulkifli Al-Bakri

[caption id="attachment_90230" width="800"] Kredit foto: Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri[/caption]

Warga maya yang turut tersentuh dengan perkongsian tersebut meluahkan rasa sebak.

-” Sepanjang hidup berumahtangga selama 12 tahun dengan suami, mendengar khutbah ustaz ini membuat saya menangis. Setiap ayat ustaz saya hayati, moga ia menjadi panduan buat saya juga.”

-" Lima minit yang cukup bermakna, ia mungkin terpahat pada hati anak buat masa yang lama.”

-" Saya turut sebak mendengarnya. Nasihat yang cukup baik, lembut tutur kata, cukup menyentuh hati. Tahniah Datuk, semoga anakanda bahagia hingga ke syurga. Dengar nasihat Datuk, membuatkan saya teringat kepada arwah ayah saya.”

-" Betapa sayangnya orang tua kita kepada anak pada saat melepaskan mereka ke bahtera hidup masing masing. Sebak dan terharu namun dalam masa sama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka.”

-" Air mata jatuh tanpa sedar. Hati tulus dalam menyayangi anak, kasih kepada mereka. Moga anak juga mengasihi kita. Suatu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu bapa dan melaluinya.”

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri terdahulu merupakan Mufti Wilayah Persekutuan dan kini bertugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Perkahwinan beliau dan isteri, Datin Dr Shereen Mohd Yunos dikurniakan lima cahaya mata iaitu Mohammad Hasanain, 24, Hammad, 22, Sofia, 20, Abdul Syakur, 17 dan Istisyhad, 10.

Baca juga: Makan secara terbuka bagi yang uzur puasa Ramadan, ini ulasan Dr Zulkifli

Baca juga: "Comel dan halal, penguin termasuk kategori burung air boleh dimakan"- Dr Zulkifli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan