Sebaknya, wanita Cina dibela keluarga angkat Melayu, 50 tahun terpisah bertemu semula abang kandung

Iklan
1

HAMPIR setengah abad terpisah, pertemuan semula dua saudara kandung membuatkan ramai yang sebak. Biarpun berbeza agama, abang dan kakak ipar tidak berputus asa menjejaki adik, menautkan kembali ikatan kasih 50 tahun terpisah biarpun masing-masing sudah mencecah usia emas.

Hamsiah Mohamad, 58, yang merupakan merupakan anak keenam daripada tujuh beradik gembira akhirnya dapat bersua darah daging sendiri yang terpisah sejak kecil.

Iklan
Iklan

Hamsiah diserahkan kepada pasangan suami isteri Melayu ketika dilahirkan untuk dijadikan anak angkat memandangkan pasangan itu masih belum dikurniakan anak ketika keluarganya tinggal di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

Baca juga: 20 tahun tertukar kerana salah tag nama masa lahir, pasangan kembar betulkan nama ayah pada IC

Iklan

Baca juga: Selepas 33 tahun terpisah, Zizi Kirana berjaya 'jejak' bapa kandung

[caption id="attachment_91575" width="800"] Hamsiah anak ketiga manakala Kok Ong adalah anak ketiga daripada tujuh adik beradik[/caption]

Iklan

Usaha menjejak wanita itu digerakkan abang ketiganya, Ling Kok Ong, 66 dan yang dan kakak ipar, Josephine Ng, 62.

Menurut Josephine, usaha dilakukan bagi mengeratkan semula hubungan antara mereka yang terpisah sejak Hamsiah dilahirkan.

Pasangan itu terdahulu pernah ke Bukit Besi namun terpaksa pulang dengan hampa kerana diberitahu keluarga angkat Hamsiah sudah berpindah dan bapa angkatnya pula sudah meninggal dunia.

Namun dengan bantuan Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah yang turut meminta bantuan Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun, mereka menjejaki keluarga itu kerana ada dalam kalangan ahlinya mengenali anak saudara Hamsiah.

Baca juga: Terpisah 24 jam lari dari debu panas gunung berapi, isteri menangis lihat suami masih hidup

Baca juga: 33 tahun terpisah, lelaki mangsa culik jumpa semula ibu kandung berbekalkan peta dilukis tangan

[caption id="attachment_91576" width="800"] Josephine (kanan), isteri kepada Kok Ong dan juga kakak ipar Hamsiah berusaha merealisasikan permintaan ibu mentuanya untuk bertemu wanita itu sebelum menutup mata[/caption]

Dengan bantuan anak saudara Hamsiah, pasangan itu dibawa ke Bukit Payong, Kuala Terengganu untuk dipertemukan. Tidak hanya itu, Josephine berkongsi akan kembali semula untuk membawa bersama ibu mereka bertemu Hamsiah.

Kok Ong yang berusaha merealisasikan permintaan ibu mereka meluahkan kesyukuran dan rasa gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan adiknya itu.

"Saya gembira dan bersyukur kerana dapat menunaikan permintaan ibu kami untuk menjejaki Hamsiah di Malaysia.

"Sudah lama kami berharap untuk bertemu dia dan kali ini harapan itu menjadi kenyataan," katanya.

Dalam kegembiraan bertemu saudara kandung, Hamsiah berkongsi beliau hanya mengetahui status dirinya sebagai anak angkat ketika berusia 15 tahun.

Warga maya rata-rata sebak dan meluahkan kesyukuran melihatkan pertemuan yang menautkan kembali kasih dua adik beradik yang terpisah itu.

-"Alhamdulillah. Terharu sampai titiskan air mata. ALLAH pertemukan semula walaupun berlainan ugama.”

-"Allahuakbar, jodoh pertemuan itu rahsia ALLAH SWT. Alhamdulillah mereka dapat bertemu semula. Pasti hari yang sangat gembira buat mereka. Meraikan dengan penuh kesyukuran.”

-"Ya, sayu dan sedih. Itulah perasaan yang hendak di luahkan. Masa dan zaman dahulu banyak mengajar erti kesusahan dalam hidup. Tiada keturunan atau bangsa yang tidak di timpa kisah duka. Namun Kuasa MAHA ESA yang menentukan.”

-"Alhamdulillah, muka dua beradik ini hampir sama, syukur dapat bertemu semula.”

-"Alhamdulillah. Semoga semua ahli keluarga dapat berkumpul semula. Tahniah kepada abang yang berjaya menjejak adik.”

-"Alhamdulillah, bertaut kembali silaturrahim yang terputus sekian lama.”

Baca juga: 10 kes tertukar bayi di dunia. Nombor 2 paling epik, 60 tahun baru jumpa semula!

Baca juga: Jodoh rahsia ALLAH, wanita sebak pertama kali jumpa suami 7 bulan nikah ‘online’

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan