TIDAK dapat dibayangkan bagaimana tragisnya tiga gadis ini melalui kehidupan selepas menjadi ‘puteri yang tertukar’ sejak dilahirkan.

Insiden tertukar 20 tahun lalu dipercayai berpunca daripada kecuaian kakitangan sebuah pusat perubatan.

Baca juga: Bukan sinetron, insiden tertukar bayi terbongkar selepas 20 tahun

Ia dibuktikan menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, dan ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Atirah Iwani (nama asal Noratirah Husin), 20 pada September tahun lalu.

Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, (tengah) bersama pasangan kembarnya Atirah Iwani Ibeni Yanin, 20, (kanan) dan Adryana Iwani Husin, 20.

Selepas menjalani ujian alangkah terkejutnya mereka mendapati 99.99 peratus menunjukkan Adryani dan Atirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.

Manakala Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar Adryani pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah.

Berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Atirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani (1.34 pagi).

Atirah, Adryana dan Adryani bersama Siti Aminah.

Dalam perkembangan terbaru, ketiga-tiga gadis itu bersama Siti Aminah menerima dokumen pengenalan diri baru susulan pertukaran nama pada kad pengenalan kepada nama yang betul Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Wisma Persekutuan Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Kini Noratirah adalah Atirah Iwani Ibeni Yanin manakala Adryana pula Adryana Iwani Husin.

Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lalu, dipercayai dilakukan oleh kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu.

Iklan

Susulan itu, ia menyebabkan Atirah ‘tertukar’ ibu bapa hingga meninggalkan kesan mendalam kepadanya apabila ‘bapa’ yang membelanya selama ini, Husin Omar meninggal dunia pada usia 64 tahun November tahun lalu akibat sakit jantung selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan dia bukan anak kandung lelaki itu.

Baca juga: [VIDEO] Gelagat Abang Rider Cari Customer Pesan Makanan Dalam Stadium Dibanjiri Penonton Undang Simpati Ramai

Iklan

Baca juga: 10 kes tertukar bayi di dunia. Nombor 2 paling epik, 60 tahun baru jumpa semula!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Bernama