PEMAKAIAN pelitup muka mula dikuatkuasakan di tempat-tempat awam bermula 1 Ogos 2020 bertujuan bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.
Hal ini kerana virus Covid-19 merebak melalui droplet atau titisan pernafasan daripada percakapan, batuk ataupun bersin.
Bagaimanapun, selepas lebih dua tahun mengikuti norma baharu itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) kini adalah atas pilihan (opsyenal).
Bagaimanapun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.
Baca juga: Enggan memakai pelitup muka, minah saleh tak puas hati dihalang masuki butik mewah di KLCC
Baca juga: Hidung kerap gatal gara-gara pakai pelitup muka terlalu lama, ini cara mudah atasinya
Berikut tujuh info berkaitan yang wanita perlu tahu:
1-Menerusi Twitter, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pelitup muka di dalam bangunan menjadi pilihan berkuat kuasa serta-merta.
2-Bagaimanapun, ia masih wajib di semua kemudahan penjagaan kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan dan dalam pengangkutan awam.
3-Katanya, individu berisiko tinggi digalakkan memakai topeng muka.
4-Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi situasi berikut:
i)Kes positif Covid-19 yang perlu ke CAC untuk jalani penilaian kesihatan.
ii)Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang, bas, van pekerja dan van sekolah.
iii)Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan yang setara dengannya.
Baca juga: Pelitup muka jenis N95, double mask lebih cekap tapis zarah. Elak jangkitan Covid-19
5-KKM juga amat menggalakkan agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan berikut:
i)Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung membeli belah dan rumah-rumah ibadah.
ii)Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema.
iii)Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik. individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung.
iv)Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.
Baca juga: Sakit mengalahkan Covid-19, pemuda kongsi sekeluarga positif Influenza A
6-Keperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu tidak diwajibkan. Bagaimanapun. KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan sekiranya:
i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak.
ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema.
iii) Individu berisiko tinggi.
iv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.
7-Protokol berkenaan mula berkuat kuasa serta-merta pada 7 September 2022.
Nampaknya pemakaian pelitup muka tidaklah diturunkan sepenuhnya. Masih ada golongan yang wajib memakainya terutama golongan berisiko tinggi.
Bagi anda yang ingin mendapatkan pelitup muka yang mematuhi standard keselamatan SIRIM, Karangkraf Medicare Sdn Bhd mengambil ada mengeluarkan pelitup muka eksklusif dan perubatan (medical) yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya.
Baca juga: Anak kecil hidap resdung lebih berisiko dijangkiti influenza dan Covid-19. Ini penjelasan pakar
[caption id="attachment_91735" width="768"] Ujian yang dijalankan di sebuah makmal bertauliah, Eurofins Lab membuktikan bahawa pelitup muka Karangkraf mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus mencapai gred MEDICAL.[/caption]
Baca juga: Radang otak, keguguran, bahayanya influenza kepada ibu hamil
Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan