MENYAMBUT ulang tahun kelahiran ke-51, penerbit dan pelakon, penampilan awet muda Sheila Rusly dikagumi wanita lain.
Berkongsi hantaran video di laman sosial Instagram memaklumkan dirinya sudah memasuki usia 51 tahun, ibu kepada dua cahaya mata itu menzahirkan rasa syukur.
" Thank you ALLAH for another day #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” titipnya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu menerima pelbagai ucapan hari lahir daripada para rakan artis dan peminat.
Rata-rata memuji penampilan pengacara rancangan masakan Ketuk Ketuk Ramadan itu tampak muda daripada usianya.
Ujar mereka:
-"Umur 51 macam 31, awet muda sis.”
-"Happy Birthday Sis ! Mentor fit body for 51. Ingatkan 41.”
-"Sis still saya suka lawa dan aktif. Semoga Allah sentiasa memberkati kebaikan akak selalu share resepi dan memberi kami ni inspirasi menjadi ibu mentua ertua baik.”
-"51 never look this gorgeous sis!”
-"Serius 51 segak begini.”
Baca juga: Cucu pertama Sheila Rusly, Bunga Elhaq, suami titip pesan anak jadi ayah yang baik
Sheila berkahwin dengan Azman Yahya atau dikenali sebagai Jinggo pada 1995 dan dikurniakan dua anak lelaki Uzair Haqimy dan Luth Mikhail. Keluarga mereka diserikan dengan kelahiran cucu pertama, Bunga Elhaq.
Baca juga: Elisya Sandha selamat bersalin, Sheila Rusly timang cucu sulung
Siapa tidak mahu kekal awet muda biarpun usia mencecah 50-an? Bagi wanita yang ingin kekal sihat dan aktif menghampiri usia emas, WebMD menggariskan lapan tip seperti berikut:
1-CUKUP TIDUR
Jika anda tidak mendapat tidur mencukupi, kulit boleh mula berkedut dan mengendur lebih awal. Hal ini kerana badan anda mengeluarkan lebih banyak kortisol atau"hormon tekanan" yang memecahkan kolagen yang memastikan kulit anda licin dan gebu. Cuba sediakan ritual waktu tidur yang tenang dan menenangkan dengan waktu biasa dan elakkan alkohol, kafein dan peranti elektronik sebelum tidur.
2-ELAK TERLALU TERDEDAH KEPADA MATAHARI
Cahaya matahari baik untuk anda,tetapi terdedah kepada sinaran UV boleh merosakkan kolagen dalam kulit menghasilkan terlalu banyak protein yang dipanggil elastin. Ia menyebabkan kulit mula menebal, kasar dengan kedutan dan sesetengah bahagian kulit mempunyai warna berbeza (bintik-bintik penuaan). Jika berada di bawah sinar matahari, pakai topi, baju lengan panjang dan cermin mata hitam. Gunakan pelindung matahari SPF 30 atau lebih tinggi.
3-MELEMBAPKAN KULIT
Kulit kering dan kasar mejadikan anda tua sebelum masanya. Wujudkan rutin mencuci kulit dua kali sehari. Gunakan pembersih lembut tanpa alkohol atau bahan lain berbahaya atau mengeringkan kulit anda. Lembapkan dengan krim pelembap dua kali sehari.
Baca juga: Makanan tinggi kolagen untuk kekal awet muda. Poin nombor 2 paling ramai orang suka
4-AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG
Amalan pemakanan yang betul membantu mencegah penyakit jantung, diabetes dan penyakit lain. Pemakanan seimbang menyihatkan tubuh dan organ penting. Kurangkan pengambilan sedikit daging merah berlemak tetapi anda akan mendapat lemak sihat daripada makanan seperti ikan, kacang, minyak zaitun dan avokado. Perbanyakkan sayur dan buah dalam diet membantu anda kenyang lebih lama.
5-AKTIVITI FIZIKAL
Aktiviti fizikal yang kerap adalah disaran jika ingin tampil awet muda. Ia menguatkan otot, meningkatkan tenaga dan meningkatkan mood. Aktiviti fizikal membuatkan otak sentiasa berfikir dan menjadi tajam serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan usia seperti penyakit jantung. Tidak perlu pergi ke gimnasium atau menyertai pasukan senamrobik, anda boleh berjalan pantas, melakukan kerja di halaman atau menari selama 30 minit sudah memadai sebagai aktiviti fizikal.
6-KAWAL TEKANAN DARAH
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko masalah berkaitan usia seperti demensia vaskular dan penyakit Alzheimer dan merosakkan saluran darah kecil pada otak. Anda boleh mengawal tekanan darah mereka dengan mengamalkan diet seimbang, senaman dan preskripsi ubat-ubatan daripada doktor.
Baca juga: Kakak kandung Kris Dayanti, Yuni Shara kekal jelita usia 50 tahun, ini rahsianya
7-BELAJAR SESUATU YANG BAHARU
Teruskan mencabar diri sendiri dengan perkara baru bagi bantu menghentikan kemerosotan otak. Aktiviti yang melibatkan tubuh dan fizikal adalah lebih baik.
8-SENTIASA BERHUBUNG DENGAN RAKAN DAN KELUARGA
Kekal berhubung dengan rakan dan keluarga boleh membantu anda kekal muda dan meningkatkan kesihatan emosi serta fizikal. Ia membantu mengelakkan keresahan, kemurungan dan demensia. Apabila anda bersosial dalam komuniti, ingat bahawa kualiti hubungan sosial lebih penting berbanding kuantiti.
Baca juga: Nak lambat tua, awet muda, amalkan 5 jenis makanan ini
Sumber: Instagram Sheila Rusly, WebMD
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan