DISAHKAN menghidap penyakit demensia, tokoh negara, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 82, mendapat perhatian ramai.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) dalam perkongsiannya baru-baru ini memaklumkan bapa mentuanya yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu mengalami masalah kesihatan.

Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah dilaporkan menghidapi penyakit demensia sejak beliau bersara dari jawatan perdana menteri pada 2009.

Semalam, personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya berkongsikan perkembangan terbaru Pak Lah yang membuatkan ramai sebak apabila melihat bekas pemimpin negara itu tetap kuat walaupun terlihat agak lemah untuk berjalan.

Beliau dilihat berjalan amat perlahan sambil dibantu isteri dan ahli keluarga yang lain namun kegembiraan yang terpancar membuatkan rata-rata warga maya mendoakan kesihatan Pak Lah.

Pada masa yang sama, Fedtri turut menyertakan kapsyen di Facebook miliknya dalam bentuk sajak yang pernah ditulis oleh Pak Lah sendiri.

Berikut di bawah ialah sajak Pak Lah yang dikongsikan semula oleh Fedtri:

Semoga kesembuhan dan damai kembali ke jasad dan sanubari Pak Lah.

Ku Cari Damai Abadi

Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Baca juga Pak Lah hidap demensia, tak mampu ingat nama anak. Kenali lebih lanjut penyakit ini

Disahkan hidap demensia, video terbaru isteri bawa Pak Lah berjalan di taman buat ramai sebak

Sementara itu, menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya sebak melihat keadaan Pak Lah dan mendoakan yang terbaik buat beliau.

Iklan

“Semoga cepat sembuh… Suka sangat tengok PAK LAH… Semoga dalam lindungan ALLAH sentiasa…”

“Semoga dikurniakan kembali ingatan beliau… seorang PM yang baik.”

Baca juga [12 FOTO] Penampilan pertama Sultanah Nur Diana Petra Abdullah raih perhatian warganet

“Dalam dakapan kasih sayang Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud.”

Iklan

“Macam ni kena selalu bawa keluar menghirup udara segar. Isteri kena memainkn peranan penting juga. Syukur alhamdulillah masih ramai yang ambil peduli tentang mantan PM.”

“Antara tokoh politik Malaysia yang bersih dari cela baik semasa atau selepas zaman memerintah. Allahuakbar.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.