Kakak kandung Kris Dayanti, Yuni Shara kekal jelita usia 50 tahun, ini rahsianya

A
A
A

KRIS Dayanti, nama besar dalam industri seni Indonesia dan terkenal di Malaysia. Barangkali ada dalam kalangan peminat tidak mengetahui hubungan penyanyi lagu ‘Menghitung Hari’ dengan penyanyi Yuni Shara adalah adik beradik kandung.

Kedua-dua mereka mempunyai banyak persamaan. Paling istimewa, mereka berdua sama-sama meniti karier dari bawah sehingga menjulang populariti. Selain itu, apa yang pasti Kris dan Yuni kedua-duanya awet muda.

Meskipun sudah memiliki anak yang meningkat dewasa, penampilan Yuni sering menjadi perhatian ramai, seolah-olah baharu sahaja meniti usia 30-an walhal tahun ini penyanyi sudah genap 50 tahun.

Baca juga: Rambut lebat cucu Kris Dayanti jadi tumpuan, ini 10 tip mudah untuk ibu hamil amalkan

Kredit foto: Instagram @yunishara36

Apa rahsianya Yuni Shara langsing, segar dan tampil awet muda? Berikut 10 tip dilakukan beliau wajar menjadi panduan.

1-Penyanyi lagu ‘Tuhan Jagakan Dia’ itu pernah berkongsi dengan Fimela.com bahawa beliau tidak melakukan diet khas yang menyeksakan dan makan seperti biasa. Pada waktu pagi beliau akan bersarapan. Apabila lapar menjelang tengah hari, beliau makan dalam sukatan yang mencukupi. Tetapi untuk makan malam, Yuni mengurangkan sukatan nasi.

2-Selain mengurangkan nasi, Yuni menjaga kesihatan dan kecergasan dengan melakukan senaman secara berkala. Yuni yang pernah mengalami kecederaan pada kaki memilih melakukan senaman pilates. Katanya bersenam penting bagi wanita untuk kekal sihat.

Baca juga: Krisdayanti kongsi foto bersama cucu

Kredit foto: Instagram @yunishara36

3-Walaupun kurang mengambil nasi, makanan ringan,adalah godaan yang tidak dapat dielakkan. Snek seperti nachos dengan mayonis dan sos salsa adalah kegemarannya. Kata Yuni, makanan ringan yang diperbuat daripada jagung mengenyangkan.

4-Tampil cantik dan ‘glowing’ , wanita yang dilahirkan pada 3 Jun 1972 itu turut mengamalkan lidah buaya sebagai pupur wajah untuk mengurangkan kedutan.

5-Caranya ialah dengan mengoleskan lendir lidah buaya pada wajah dan leher, biarkan sejam sebelum dibilas. Ia lazimnya dilakukan Yuni ketika sebelum tidur dan pada waktu lapang.

Sering merendah diri, Yuni berkata wanita tidak seharusnya membanding-bandingkan diri dengan orang lain dan mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya sendiri.

Baca juga: Hampir cecah umur 50 tahun, Krisdayanti tolak jadi 'mak cik' dengan suntikan DNA ikan salmon

Baca juga: Ramai teruja pokok lidah buaya boleh berbunga, rupanya dijual RM300 sepokok

Kredit foto: Instagram @yunishara36

“Setiap orang memiliki standard kecantikan masing-masing, tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain,” katanya.

Demikian tip cantik dan awet muda Yuni Shara yang menginjak usia 50 tahun. Ternyata pemakanan, senaman dan penjagaan diri dititikberatkan olehnya.

Baca juga: Wow gaji Krisdayanti cecah RM21,836 sebulan, khidmat untuk masyarakat

Kredit foto: Instagram @yunishara36

Tidak salah mencuba tip dikongsikan Yuni ini kan? Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar dan yang pasti bahan-bahan yang digunakan adalah semula jadi.

Baca juga: Awas, wanita menopaus lebih mudah diserang sakit jantung

Sumber: IDN Times, Fimela, Hai Bunda, Popmama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca