“Teringin sangat nak tengok”- Warganet sebak, lelaki OKU minta ‘edit’ badan sempurna macam orang normal

Iklan
2

"TERINGIN sangat nak tengok badan sempurna macam orang normal.” Demikian ungkapan dikongsi pengguna Facebook, Faiz Noor menerusi grup Facebook Grup Edit Apa Hari Ini yang meminta akan grup yang lain menyunting gambar asal agar beliau tampil seperti individu normal.

Faiz yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berkongsi foto beliau bersama isteri dan dua orang anak memakai sepersalinan busana kuning.

Iklan
Iklan

Baca juga: Postur badan ketika tidur pun penting untuk tulang, elak terkena skoliosis

Iklan

Bagaimanapun komen daripada warganet menyentuh hati. Paling menarik perhatian ialah komen daripada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus.

Iklan

Kredit foto: Sinar Harian

Grup Edit Apa Hari Ini yang mempunyai hampir 200,000 ahli yang saling menghormati, ‘sporting’ membantu menyunting foto rakan-rakan dan dalam masa sama menyerlahkan kreativiti masing-masing.

Susulan perkongsian Faiz, terdapat beberapa ahli yang tampil menunaikan permintaan Faiz Noor dengan berkongsi foto-foto yang telah disunting.

Warga maya meluahkan sebak dan tersentuh serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan lelaki itu.

Baca juga: Kenali penyakit skoliosis yang dideritai penyanyi Zamani Slam. Ini fakta yang perlu kita tahu

Tidak ada istilah cacat. Semua ciptaan ALLAH menakjubkan dan manusia adalah makhluk ciptaan-NYA yang paling sempurna. Semoga lelaki ini dikurniakan kesihatan baik yang berterusan.

Sumber: Facebook Grup Edit Apa Hari Ini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.