Siap sedia, peralihan monsun 3 Oktober hingga November berpotensi banjir, ini info wanita perlu tahu

Iklan
banjir

SIAP sedia menghadapi banjir. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menasihatkan agar orang ramai berwaspada peralihan monsun bermula 3 Oktober hingga November berpotensi banjir.

Disember 2021 lalu negeri-negeri seperti Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilanda banjir yang dahsyat. Kerugiannya bukan sedikit, mencecah sehingga RM6.1 bilion.

Iklan
Iklan

Baca juga: Bersedia! MetMalaysia jangka lebih 10 juta rakyat Malaysia mungkin terkesan banjir akhir tahun. Ini info wanita perlu tahu

Baca juga: Sri Muda trending di Twitter, keadaan mangsa terkandas, proses menyelamat runtun hati rakyat Malaysia

Iklan

[caption id="attachment_93936" width="800"] Kredit foto: Pixabay (Hans)[/caption]

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Kementerian Alam Sekitar dan Air baru-baru ini mengeluarkan kenyataan permulaan Fasa Peralihan Monsun yang perlu diberi perhatian. Berikut fakta mengenainya:

Iklan

1-Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 3 Oktober 2022 dan berterusan sehingga November 2022.

2-Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 14 Mei 2022.

3-Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

4-Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam

5-Ia dijangkakan berlaku di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak.

Baca juga: [10 FOTO] Situasi banjir di Pahang menggerunkan, ribuan kediaman dinaiki air

[caption id="attachment_93937" width="800"] Kredit foto:" target="_blank" >Bernama[/caption]

Met Malaysia menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan.

Baca juga: MetMalaysia ramal banjir besar penghujung November, 11 fakta penting wanita wajib tahu

[caption id="attachment_93935" width="800"] Kredit foto:" target="_blank" >Bernama[/caption]

Banjir kini bukan seperti dulu-dulu! Selagi punya masa, teruskan membuat persediaan agar impaknya dapat dikurangkan ke tahap minimum. Berikut langkah yang boleh anda lakukan:

1-Sediakan Beg Bencana dengan mengisi barangan keperluan wisel, lampu suluh, ubat-ubatan dan bekalan, radio berkuasa bateri, pakaian dan peralatan mandi, air minuman bersih, makanan dalam tin, wang tunai, bateri tambahan dan dokumen penting.

2-Melaksanakan pembersihan sistem perparitan agar sampah sarap agar tidak menjadi penyebab banjir kilat dan banjir termenung.

3-Buat pelan strategi menyisihkan barangan berharga dan dokumen penting.

4-Maklumkan ahli keluarga tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku bencana banjir. Selamatkan diri ke tempat tinggi, jauh dari sungai dan longkang boleh mengelakkan kemalangan serta kehilangan nyawa.

5-Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda menerusi laman sosial dan media atau web rasmi, aplikasi mobil myCuaca.

Baca juga: Setiap rumah perlu ada beg kecemasan bencana ini senarai barangan paling penting

Baca juga: 1 Rumah 1 Beg Kecemasan, siap siaga hadapi bencana alam, 11 item ini perlu ada

Sumber:" target="_blank" >MetMalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.