BENCANA banjir melanda negara tanpa henti. Pahang antara negeri di pantai Timur yang bergelut dengan kenaikan paras air di sembilan daerah.

Foto dan video situasi banjir di Pahang berlegar di media sosial benar-benar menggerunkan.

Masakan tidak, paras air banjir mencecah ketinggian yang luar biasa. Malah di sesetengah lokasi ia melepasi bumbung rumah. Bahkan ada kediaman dua tingkat juga turut tenggelam.

Baca juga: Hulu Langat Ibarat Dilanda Tsunami, 10 Hilang Di Pahang. Ini Keadaan Terkini Banjir Seluruh Negara

Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 42,272 mangsa melibatkan 1, 561 keluarga banjir ditempatkan di 277 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Daerah di negeri itu dilanda banjir ialah Bentong, Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.

Memetik portal berita tempatan, banjir yang melanda Pahang sejak hujung minggu lalu telah meragut 11 nyawa setakat ini.

Iklan

Baca juga: Sri Muda 'Trending' Di Twitter, Keadaan Mangsa Terkandas, Proses Menyelamat Runtun Hati Rakyat Malaysia

Susulan kenaikan paras air, laluan lebuh raya utama Pahang yang dinaiki air di Bentong ke Karak bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lanchang ke Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) masih tidak boleh dilalui kenderaan di kedua-dua hala, menurut Lebuhraya Pantai Timur menerusi catatan di Facebook.

Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Yusoof, sebanyak lapan kematian direkodkan di Bentong, dua di Kuantan dan satu di Raub.

Pahang pernah dilanda banjir pada tahun 1971 hingga ia digelarkan 'ibu' kepada segala banjir di Pahang.

Iklan

Menurut sumber, peristiwa banjir 1971 menyaksikan beratus-ratus kenderaan tersadai apabila jabatan berdekatan Maran runtuh. Susulan itu, feri digunakan untuk membawa kenderaan tersebut menyeberangi sungai.

Berikut 10 foto situasi banjir di Pahang.

Bomba menyelamatkan mangsa banjir menggunakan helikopter. di Kampung Karak Setia dan Perumahan PRIMA Karak Setia. Mangsa yang terperangkap banjir.

 

Pandangan dari udara Kampung Pandan, Bukit Rangin di Kuantan, Bandar Temerloh dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang terputus hubungan.

 

Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini telah melakukan operasi pemindahan mangsa banjir melibatkan 14 orang mangsa Kampung Bunut dan Kampung Pelak, Pekan.

Keadaan banjir di Jalan Temerloh - Mentakab, berhampiran Kg Batu Kapur.
Keadaan di kawasan laluan yang ditenggelami banjir di kampung Paya Garok, berdekatan Jerantut Feri.
Terminal Bas Triang, Bera.
Tragedi chalet Bentong, mayat wanita ditemui.

Baca juga: Mydin Mart Sri Muda Dipecah Masuk, Pengarah Urusan Halalkan Demi Kelangsungan Hidup

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Bernama, Pahang Media, Vocab Pahang, Jabatan Bomba Penyelamat Pahang, Lebuhraya Pantai Timur