Nudies Matte Lux Blush serlahkan lagi kejelitaan wanita. Bantu kaburkan cela, garis halus

Iklan
1- nudestick

TERJUAL dalam tempoh dua minit di seluruh dunia sebaik dipasarkan, NUDESTIX baru-baru ini memperkenalkan Nudies Matte Lux Blush.

Terdiri daripada lima warna, kesemuanya dicipta sesuai untuk para wanita yang memiliki tona kulit yang berbeza, kata NUDESTIX dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Selain Pretty Peachy (warm bright coral), Nudies Matte Lux Blush memiliki percikan warna Dolce Darlin’ (warm karamel coral), Rosy Posy (cool fuchsia pink), Nude Buff (neutral warm rose tan) dan Juicy Melons (neutral watermelon-coral).

Iklan

Disertakan dengan berus adunan dwihujung yang berpintal yang mudah untuk dicuci, produk tersebut boleh disimpan di dalam bekas khas Nudestix yang boleh diguna dan dikitar semula.

BACA LAGI: Boleh jadi pemerah pipi, gincu atau pembayang mata hanya guna NUDESTIX saja   

Iklan

BACA LAGI: Mahu kulit flawless umpama selebriti Korea, cuba guna NUDESKIN hasil kerjasama dengan pakar dermatologi

BACA LAGI: Siapa yang tak nak nampak sempurna, natural ketika pakai mekapkan? Ini rahsianya…

Seperti yang ramai maklum, Nudies Matte Lux Blush bukan sahaja boleh digunakan pada pipi, mata dan bibir, malah inovasi berkenaan membantu mengaburkan cela, garis halus dan pori-pori dengan 'kemasan' yang menyeluruh.

Menariknya lagi, produk tersebut mempunyai tekstur matte semula jadi yang sangat lembut, ringan dan mewah serta menyerap minyak.

NUDESTIX Matte Lux Blush dijual pada harga RM145 sebatang dan boleh dibeli di butik Sephora secara fizikal dan online bermula pada 6 Oktober lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi