Boleh jadi pemerah pipi, gincu atau pembayang mata hanya guna NUDESTIX saja   

A
A
A

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

REMAJA atau wanita zaman kini beruntung kerana terdapat beberapa jenama alat solek yang memudahkan proses olesan solekan.

Antaranya jenama NUDESTIX yang bertindak 3 dalam 1. Ia bukan sahaja boleh dijadikan sebagai pemerah pipi, tetapi bertindak sebagai pembayang mata dan gincu bibir.

Terbaharu, NUDESTIX memperkenalkan koleksi baharu mereka dengan warna yang lebih mengancam iaitu Blush, Bronze dan Glow.

nudestix Dapatkan NUDESTIX di sini. Layari Sephora Malaysia sekarang.

Jika anda seorang wanita yang gemarkan warna kulit dan kemasan bibir kemerah-merahan, Nudies Matte Blush-Nude Peach merupakan pilihan tepat.

Kepada wanita yang berani dan gemar dengan warna gangsa, dapatkan Nudies Matte Bronze.

nudestix Dapatkan NUDESTIX di sini. Layari Sephora Malaysia sekarang.

Menurut NUDESTIX dalam satu kenyataan media, koleksi Nudies Bronze in Terracotta Tan dan Nudies Glow in Bubble Bebe merupakan jalinan kerjasama jenama itu dengan jurumekap artis terkemuka dunia, Jose Corella.

Sementara Nudies Blush in Salty Siren dicipta bersama dengan influencer terkenal Eropah, Estee Lalonde.

nudestix Dapatkan NUDESTIX di sini. Layari Sephora Malaysia sekarang.

“Nudies diperbuat daripada formula bermutu dari negara Korea. Ia merupakan produk yang serba boleh meskipun bernuansa ringan namun ia tetap ‘mewah‘

“Warna Nudies baharu iaitu Blush, Bronze dan Glow adalah tambahan yang sempurna untuk keluarga NUDESTIX. Ia merupakan kaedah terbaik untuk wajah nampak sedikit polos tetapi menarik,“ kata Pengasas Bersama NUDESTIX, Taylor Frankel.

NUDESTIX boleh didapati di rangkaian kedai Sephora di seluruh negara pada harga RM145 setiap satu.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca