Senangnya tanam kangkung dalam baldi, tak perlu guna racun serangga. Jimat dan selamat!

Iklan
kangkung (1)

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

KANGKUNG goreng belacan, siapa yang tidak menyukainya bukan? Dapat pula makan dengan nasi panas, tentu bertambah-tambah nasi di dalam pinggan. Selain enak dimakan, kangkung juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.

Iklan
Iklan

Harganya agak murah dan senang pula didapati. Dalam 100 gram kangkung, terkandung protein, lemak, karbohidrat, dan serat.

Kangkung juga mengandungi vitamin A 6,300 SI, vitamin B1 0.07 miligram (mg), dan vitamin C (32 mg).

Iklan

Baca juga: Kebun halaman rumah raih anugerah, lelaki kongsi hobi menguntungkan

[caption id="attachment_95041" width="800"] Kredit foto: Pixabay (Paresh Biswas)[/caption]

Iklan

Berikut dikongsikan khasiat sayur kangkung untuk kesihatan:

BAIK UNTUK KESIHATAN MATA

Kangkung mengandungi vitamin A, karotenoid, dan lutein. Ketiga-tiga bahan ini sangat bermanfaat untuk kesihatan mata anda.

BAGUS UNTUK PERKEMBANGAN OTAK

Vitamin B dan omega 3 yang terkandung di dalam kangkung sangat baik untuk fungsi dan perkembangan otak. Kangkung sangat elok dimakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif untuk menjaga kesihatan otak.

MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Kangkung mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas dikenali sebagai salah satu punca kerosakan pada saluran darah dalam badan. Oleh itu, kangkung adalah baik untuk dimakan untuk mencegah kesihatan saluran darah dan jantung anda.

Jika selalunya kita membeli sahaja sayur kangkung di pasar basah, apa kata kali ini kita tanam sendiri di rumah. Sebenarnya kangkung boleh ditanam di dalam baldi.

Baca juga: Siram pokok salah masa punca tanaman tak menjadi, elakkan waktu-waktu ini

LANGKAH DEMI LANGKAH MENANAM SAYUR KANGKUNG DI DALAM BALDI

1. Sediakan penapis dan baldi yang sama ukuran diameternya supaya penapis apabila diletakkan ke dalam baldi, ia ‘duduk elok’.

2. Isikan air ke dalam baldi (biasanya untuk baldi 15 liter, isi air sebanyak 10 liter). Masukkan 50ml baja A dan 50ml baja B. (rujuk gambar)

3. Pastikan air mencecah paras penapis tadi. Tidak terlalu tenggelam, biar ia paras penapis sahaja.

4. Tabur benih kangkung ke dalam penapis. Tidak perlu tanah kerana benih kangkung besar. Jika benih bayam, sawi atau kailan, nda boleh gunakan tuala kecil sebagai pelapik dan tabur benih di atas tuala berkenaan.

5. Letakkan baldi tadi di tempat teduh selama tiga hingga empat hari sehingga benih bercambah. Selepas itu bolehlah diletakkan di kawasan terdedah kepada cahaya matahari.

Baca juga: Elak tanam keladi, ini 7 pokok boleh halau nyamuk wajib ada di rumah

[caption id="attachment_95034" width="578"] Kredit foto: Facebook Berkebun di Rumah[/caption]

6. Selepas benih kangkung bercambah, sembur dengan bancuhan 5ml Sri Anak untuk 1 liter air (rujuk gambar) seminggu dua kali atau sekali.

7. Selepas 25 hari sudah boleh dipetik dan dimasak.

Dalam keadaan sekarang ini, lebih baik berjimat-cermat. Sayur-sayuran misalnya, lebih elok ditanam sendiri sahaja. Secara tidak langsung dapat mengurangkan wang perbelanjaan dapur. Selamat mencuba!

Baca juga: Dulu semak samun! Tanam cili, pulangan cecah RM23,000

Sumber: Berkebun Di Rumah , Kompas.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.