KEBUN di halaman rumah adalah antara cara paling mudah untuk diusahakan. Namun siapa menyangka aktiviti sekadar hobi lelaki oleh lelaki ini meraih pelbagai anugerah dan menguntungkan.

Pemandangan hijau kebun keliling rumah umpama terapi menyeronokkan, apatah lagi apabila mula menampakkan hasil dan dituai.

Seperti saranan pemimpin sebuah negeri baru-baru ini, penulis merasakan sudah tiba masanya untuk kita mula menanam sendiri sayur.

Seperti yang dilakukan lelaki ini, Syed Azwan Syed Omar yang mewujudkan sendiri kebun di halaman rumahnya di Ipoh, Perak.

Baca juga: Siram pokok salah masa punca tanaman tak menjadi, elakkan waktu-waktu ini

Kebun berkonsepkan sayur dan buah (edible garden) itu mungkin tidak dapat dikunjungi ramai orang tetapi cukup popular di alam maya.

Tidak hanya video menuai hasil tanaman, pelbagai tip dan petua perkebunan dikongsikan. Saban minggu ada sahaja hantaran terbaru Syed Azwan tentang kebunnya di laman sosial TikTok dan Instagram.

Justeru, tidak hairanlah kebun itu sudah mempunyai pengikut lebih 26,000 di Instagram dan 100,000 di TikTok.

@kebone.wan Bermula pada tahun 2019 hingga tahun 2022. 95% DIY. #journey #iwantitigotit #dreamcometrue ♬ I Want It I Got It – Areena Grane

Merasakan ruang tanah pada kediaman lot hujung (corner hujung) sia-sia jika tidak diusahakan adalah pencetus terciptanya kebun bandar itu pada tahun 2018.

Baca juga: Awas, cantik tapi beracun! Tersentuh, termakan daun pokok ini boleh sesak nafas, bengkak lidah

“Disebabkan rumah saya adalah corner lot, saya rasa rugi tanah tepi terbiar kerana pada masa sama ia memerlukan penjagaan dan penyelengaraan secara berkala seperti memotong rumput.

“Oleh itu, saya mendapat idea mewujudkan sebuah kebun kerana tidak menggunakan modal yang tidak tinggi dan boleh mudah dilakukan sendiri. Ketika itu, tanaman pertama saya adalah sayuran seperti kangkung, sawi dan beberapa pokok jenis berbuah,” katanya ketika dihubungi SinarPlus.

Bertitik tolak daripada itu, Syed Azwan menjadikan berkebun sebagai hobi barunya. Malah minat bertani yang berputik kepada membuatkan dia mula mendalami bidang pertanian melalui pembacaan.

Dengan anggaran modal RM5,000 pada peringkat permulaan, Syed Azwan kini puas melihat hasil kebunnya.

@kebone.wan Reply to @brokenfeeling04 ♬ Unstoppable – Sia

“Kebun ini 100 peratus adalah sentuhan saya yang dilakukan secara sedikit demi sedikit. Modal itu termasuk wang hasil yang saya dapat dari kemenangan dalam pertandingan kebun dianjurkan oleh beberapa pihak sebelum ini,” katanya.

Setiap hari, lelaki yang bekerja di bidang ukur bahan itu akan meluangkan masa selama satu jam setiap hari selepas pulang dari pejabat untuk melakukan langkah penjagaan kebun seperti membuang rumput liar yang sentiasa tumbuh pada batas dan pasu tanaman.

Manakala pembajaan dan pembersihan kebun akan dilakukan pada hujung minggu jika berkesempatan.

“Alhamdulillah keluarga sentiasa menyokong terutama isteri saya yang sentiasa bersama menjayakan ‘edible garden’ ini.

“Saya lebih sukakan tanaman yang mendatang hasil yang yang boleh dimanfaatkan. Oleh itu saya memilih edible garden dan tanaman ini sesuai untuk landskap dikawasan rumah,” katanya.

Pejam celik, setelah empat tahun dimulakan sebagai hobi, Kebone Wan mendapat pelbagai pengiktirafan seperti Tempat Ketiga Kategori Perumahan Bertanah, Anugerah Kejiranan Hijau 2020 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tempat Pertama Kategori Kebun Sayur Rumah anjuran Baba Eco Group, Pertandingan ‘Jom Cantikkan Kebun Sayur Rumah’ Malaysia dan Tempat Ketiga Pertandingan Urban Farming Community 2021 Majlis Bandaraya Ipoh.

Iklan

Ternyata menanam sayur sendiri tidaklah sesukar mana. Kongsi Syed Azwan, terdapat sayuran yang minimum penjagaan tetapi hasilnya menguntungkan.

@kebone.wan Jom harvesting sayur. #harvesting #vegetables #ediblegarden #farming #kebuntepirumah ♬ original sound – kebonewan – kebone.wan

“Kangkung antara tanaman yang sangat mudah untuk dijaga dan tempoh tuai adalah singkat iaitu sekitar 25 ke 30 hari sahaja. Kangkung juga antara sayur yang diminati oleh orang ramai,” katanya.

Mungkin ramai diantara kita yang tinggal di bandar raya mengimpikan kebun di laman rumah rumah atau balkoni. Syed Azwan turut berkongsi beberapa tip penting penanaman sayur di ‘kebun bandar’.

i)CAHAYA
Pastikan pokok yang ditanam menerima cahaya secara langsung secukupnya sekurang-kurangnya empat jam sehari terutama untuk rumah jenis ‘high rise’ seperti apartmen atau pangsa.

ii)BAJA/ NUTRIEN
Kebiasaan baja atau nutrien dalam tanah wujud rsendiri. Jika pokok masih kekurangan nutrien seperti pokok terbantut atau daun kekuningan, kita boleh menambah atau membuat rawatan semula pada tanahnya.

Bantu tanaman dengan membajanya dengan baja jenis organik atau baja sintetik. Selain itu, bagi yang tidak mahu menggunakan atau tiada tanah sebagai media utama untuk tanaman, anda boleh menggunakan keadah hidroponik.

@kebone.wan Buah tin #fig #figs #buahtin #tin ♬ Yum – Oscar Mayer

Iklan

iii)AIR
Pastikan medium menerima air secukupnya dari peringkat semaian sehingga peringkat pembesaran. Siram sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.

Elakkan menyiram sewaktu panas terik atau berlebihan agar medium tidak bermasalah terutamanya tanaman di dalam pasu.

Banyak tip yang dikongsikan, penulis pun teruja dan mendapat inspirasi, tidak sabar untuk mula berkebun sendiri.

Sebenarnya, tiada istilah ‘tangan panas’ atau ‘tangan sejuk’ dalam bercucuk tanam, yang penting rajin dan amalkan teknik yang betul.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Segarnya bila tengok rumah ini… tanam pokok dalam rumah di tingkat 16

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI