Jasad sempurna, sempat tunai umrah, bapa dedah amalan anak. Berikut kisah Nurul Nazihah yang meruntun hati rakyat Malaysia

Iklan
1

Jasad sempurna, sempat tunai umrah, bapa dedah amalan anak. Berikut kisah Nurul Nazihah yang meruntun hati rakyat Malaysia Kamalul Arifin, 28, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan baru-baru ini.

Beliau rupanya baharu kembali daripada menunaikan umrah bersama suami dan ibu bapanya minggu lepas.

Iklan
Iklan

Lebih memilukan, pemergian Allahyarham ke Tanah Suci dikatakan untuk sebagai ikhtiar dan berdoa bagi dapatkan zuriat.

[caption id="attachment_95215" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]

Iklan

Baca juga: Lima sahabat sehidup semati, terperangkap dalam kereta selepas kemalangan, berikut kronologi kejadian

Bapa Allahyarham, Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang masih terkejut dengan pemergian anak keempatnya itu, berkata arwah merancang untuk turut pergi menunaikan ibadah itu setelah mengetahui hasrat beliau dan isteri Saliah Hood, 56, yang mahu ke Tanah Suci.

Iklan

"Rasanya empat hingga lima bulan juga dia dan ibunya merancang serta menguruskan perjalanan umrah kami. Baru kini kami dapat pergi memandangkan arwah pun baru tiga tahun bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang.

"Alhamdulillah impian dia nak pergi umrah tercapai. Ketika di Tanah Suci, arwah dan suaminya paling muda jadi merekalah yang banyak membantu kami semua. Dia pun ke Tanah Suci sebagai ikhtiar dan berdoa untuk dapatkan zuriat," katanya.

Menurutnya lagi Nurul Nazihah,baru sahaja kembali bekerja dua had lepas dan ada memaklumkan untuk balik ke rumahnya (Kamalul) minggu depan.

Baca juga: Kereta boleh terbakar selepas kemalangan, 5 perkara ini jadi punca

[caption id="attachment_95271" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]

Kamalul berkata meskipun sedih dengan pemergian Nurul Nazihah, beliau reda apatah lagi apabila diberitahu jasad anaknya ditemui sempurna, seolah-olah sedang duduk antara dua sujud.

Sementara itu, sepupu kepada suami mangsa, Nurizzah Atikah Jamaluddin, 28, berkata suami mangsa, Redzuan Jamil masih trauma dengan kejadian yang berlaku sehingga mengigau bertanya tentang isterinya malam tadi.

Kata Nurizzah, sepupunya itu ada bercerita bahawa ketika kejadian beliau berusaha menyelamatkan Nurul Nazihah atau lebih mesra dipanggil Azi, yang tersepit tetapi gagal sehingga orang awam bertindak menyelamatkan Redzuan melalui pintu belakang kereta.

"Saya memang tak sangka sebab Azi seorang yang periang, kelakar dan suka ambit gambar atau video" katanya.

Baca juga: Demi isteri rider, keluarga mangsa kemalangan dirempuh SUV, RM204,322 dikumpul daripada rakyat Malaysia yang pemurah

 

Tinjauan Bernama mendapati rumah keluarga Nurul Nazihah dipenuhi dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran ketika menunggu ketibaan jenazah Allahyarham dalam suasana hiba.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi, Johor.

Sebelum ini, kemalangan ngeri yang menimpa Nurul Nazihah menjadi perhatian seluruh negara itu sementelah tularnya video yang kejadian.

Raungan suaminya Redzuan Jamil, 28, kerana tidak sempat menyelamatkan wanita itu meruntun hati rakyat Malaysia yang tanpa sedar menitiskan air mata.

[caption id="attachment_95270" width="800"] Kredit foto: Facebook Nurul Nazihah[/caption]

Demikian kata-kata terakhir Nurul Nazihah kepada suami, Redzuan sebelum lelaki itu dan orang awam cuba membawa keluarnya yang masih tersepit.

Baru sahaja kehilangan isteri tercinta, Redzuan mengimbas kembali detik cemas yang dihadapi mereka selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah lori.

"Ada kemalangan di hadapan saya dan keadaan tengah sesak ketika itu. Tiba-tiba saya sedar ada impak dari belakang apabila lori lima tan rempuh kereta saya dan dua kereta lain.

"Saya cuba selamatkan isteri saya dengan memecahkan cermin hadapan dan pintu sebelah isteri saya tapi tak berjaya kerana dia tersepit dekat 'dashboard' dan waktu itu isteri saya masih sedar.

"Selepas itu, tangki kereta saya meletup dan ada orang bawa saya keluar dari situ. Ketika itu saya tak dengar isteri panggil nama saya dan saya rasa mungkin dalam tu tak panas, dia tak panggil nama saya nampak diam sahaja," katanya yang masih trauma.

Redzuan yang mengalami luka pada wajah akibat kemalangan berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang kelainan atau perubahan sebelum kemalangan namun pemergiannya sangat dirasai.

Baca juga: Terowong Menora: 10 kes kemalangan ngeri yang berlaku di laluan panas ini

[caption id="attachment_95272" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]

Lelaki itu mendedahkan sepanjang tempoh tiga tahun berkahwin, mereka tidak pernah berjauhan malah sentiasa menghabiskan masa bersama.

Kemalangan tragis yang meragut dua nyawa itu menggemparkan negara. Berikut kronologi kejadian:

1- Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Mohd Fauzi Nor berkata kejadian kira-kira pukul 7.47 malam itu melibatkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.

2-Nurul Nazihah Kamalul yang menaiki Proton Wira ditemukan tersepit serta rentung di dalam kenderaan terbabit.

3-Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori dan tiga kereta di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berdekatan dengan Sedenak.

4-Seorang lagi ialah mangsa dalam Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya.

5-Beliau berkata lori Isuzu terbakar 70 peratus tetapi pemandu dan penumpang yang dikenali sebagai S. Suresh, 38, dan Mok You Jian, 22, selamat.

6-Turut terbakar Proton Wira dan Toyota Vios sebanyak 90 peratus, manakala pemandu Proton Wira dan Proton Preve terselamat.

Baca juga: [VIDEO] Hanya seinci dari maut! Pemuda nyaris digilis lori gara-gara tersadung tongkat motosikal

Sumber: Bernama 1, 2

Kredit foto utama: Bernama, Facebook Nurul Nazihah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.