Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
WOW, masjid pun ada 'cat hotel'! Demikian perkataan yang terdetik di fikiran penulis saat melihat hotel kucing yang dibina khas di masjid ini.
Umum mengetahui kucing adalah haiwan peliharaan yang cukup popular dalam kalangan ramai pencinta haiwan.
Perangai kucing yang lincah dan aktif sering membuatkan kita rasa terhibur. Bentuk fizikal kucing yang kecil dan berbulu membuatkan ia ini menarik perhatian untuk dipeluk dan dibelai.
Bagi kucing-kucing yang dipelihara, tentunya nasib mereka lebih terjamin. Kehidupan haiwan comel ini lebih terjaga kerana diberi makan makanan yang berkhasiat oleh pemiliknya, tinggal di rumah yang selesa dan dan menerima kasih sayang yang cukup.
Baca juga: Hati-hati dengan bulu kucing, boleh jadi punca masalah kulit. Ini penjelasan pakar
Baca juga: Bukan sahaja manusia, kucing pun boleh stres. Ini tanda-tanda jelas si bulus mula tertekan
[caption id="attachment_95326" width="800"]"Si hitam ini nampaknya selesa dengan saya. Saya namakannya Hurairah," kata Datuk Dr Zulkifli[/caption]
Berbeza pula dengan nasib kucing-kucing jalanan yang sering berkeliaran tanpa arah tujuan. Ada yang mati kelaparan dan diserang pelbagai jenis penyakit. Lebih malang lagi, ada haiwan-haiwan ini turut dipukul oleh mereka yang tidak suka dengan akan kehadiran mereka.
Menyedari keperluan untuk membela nasib kucing-kucing jalanan, Masjid An-Nasriyah mengambil pendekatan menarik dengan mewujudkan ‘hotel’ bagi kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar masjid itu.
Masjid yang dalam taman itu turut diserikan dengan pelbagai lukisan kucing yang menarik orang ramai berkunjung dan mengimarahkan masjid terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Baca juga: Kucing pecahkan mangkuk RM1,500, Chef Wan tenang, ‘hendak marah pun bukan ada otak’
Baca juga: Kucing jiran berak merata-rata? Pemiliknya boleh didenda sehingga RM1,000
[caption id="attachment_95324" width="800"] Kredit foto: Facebook Datuk Dr Zulkifli Albakri[/caption]
Kebersihan ‘hotel’ dan kesihatan kucing-kucing turut dipantau dari semasa ke semasa. Bermula daripada beberapa aduan daripada orang ramai mengenai bau busuk dan najis haiwan itu di kawasan sekitar masjid, pihak masjid mengambil langkah 'di luar kotak' dengan mewujudkan ‘hotel’ kucing.
Dimaklumkan bahawa ketika ini terdapat kira-kira 20 ekor kucing. Pihak pengurusan Masjid An-Nasriyah amat mengalu-alukan bagi sesiapa yang ingin menderma makanan ataupun wang ringgit untuk kucing-kucing di masjid ini.
Usaha pihak pengurusan masjid ini amat dipuji demi memastikan nasib kucing-kucing jalanan terbela.
Baca juga: Wanita jumpa kucing kesayangan selepas 10 tahun hilang. Ini tip untuk cari si bulus kalau 'MIA'
Kebaikan memelihara kucing kepada wanita
Kucing memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan wanita. Berikut empat memberikan impak kepada mental dan fizikal:
1.Menghilangkan stres
Jika kita menghabiskan banyak waktu dengan kucing, otak akan melepas hormon oksitosin. Hormon oksitosin ini berfungsi untuk menciptakan rasa tenang.
2. Meningkatkan kekebalan tubuh
Kajian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan menyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur di bawah satu tahun, kurang terdedah kepada alahan apabila berinteraksi dengan kucing. Kucing boleh meningkatkan sistem imun dengan menjauhkan alahan yang mungkin menyerang tubuh.
3.Mengatasi rasa kesepian
Manusia memerlukan sentuhan dan teman untuk bercakap. Anda akan mendapat faedah ini apabila memelihara kucing. Kucing juga mampu menghilangkan rasa sunyi apabila kehilangan orang tersayang. Bermain dengan kucing boleh membantu anda memberi dan menerima kasih sayang. Kucing peliharaan anda akan mendengar, duduk atau berbaring semasa anda bercakap.
4.Mencegah penyakit jantung
Membelai kucing akan memberikan kesan menenangkan. Ikatan kasih sayang anda dengan kucing mampu mengurangkan tahap tekanan dan mengurangkan kebimbangan. Mereka yang memelihara kucing juga mempunyai risiko serangan jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang tidak memelihara kucing.
Baca juga: [VIDEO]’Pintarnya si Oyen’- Kucing buka kunci jendela raih perhatian, 6.6 juta tontonan
Sumber: Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Facebook Masjid An-Nasriyah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.