Kucing jiran berak merata-rata? Pemiliknya boleh didenda sehingga RM1,000

January 13, 2022
Oleh Azma ML

BARANGKALI ada di antara kita berhadapan situasi kediaman menjadi lokasi sasaran kucing ‘membuang hajat.’

Selain kotor, bau kuat yang terhasil menyebabkan rasa kurang selesa di kalangan penghuninya.

Tidak dinafikan ada yang menyatakan serba salah apabila teguran diberikan tidak diambil cakna para pemiliknya dalam menguruskan najis haiwan peliharaan mereka.

Malah ia terus berulang menyebabkan kehidupan seharian terganggu.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam hantaran di laman sosial rasmi Facebook memaklumkan perbuatan itu dianggap sebagai ‘satu kacau ganggu.’

Baca juga: Ular tedung masuk rumah, 5 kucing jadi hero, kepung hingga anggota penyelamat sampai

Baca juga: Tuan kepada kucing kena bersihkan jika haiwan peliharaannya berak di rumah jiran. Ramai yang pandang remeh perkara ini...

PPIM turut menjelaskan dengan terperinci undang-undang yang melibatkan kesalahan bagi pemilik kucing yang berbuat demikian.

Iklan

“Dalam Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut, sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

“Dalam Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” katanya.

Oleh itu, menurutnya seseorang berhak untuk melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika merasakan haiwan yang dibela jirannya telah mengganggu kententeraman.
Hukuman denda yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM1,000.

Iklan

Warga maya turut menyambut baik susulan perkongsian berkenaan.

“Alhamdulillah, akhirmya terjawab.”

“Nak bela boleh tapi jangan menyusahkan jiran-jiran.”

“Berak depan rumah, kencing dekat kasut kita. Sabar sahaja lah, pandai bela pandailah jaga. Smpai panjat atas kereta kencing atas tu.”

-Pelihara kucing ni kalau tidak kena cara memang busuk kawasan sekitar. Lebih-lebih lagi jika rumah di kawasan perumahan. Kalau rumah kampung lainlah situasinya.”

Baca juga: Cara mudah hilangkan bau najis kucing

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: PPIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *