KUCING antara haiwan peliharaan paling popular dalam kalangan masyarakat kita.

Selain sikap si bulus yang manja, gelagat nakal yang menghiburkan membuatkan jiwa si pencinta kucing itu akan sentiasa tenang dan bahagia.

Betapa sayangnya pada kucing sehingga segelintir pemilik mengganggapnya sebahagian ahli keluarga, malah diberi nama panggilan istimewa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Apatah lagi ramai pencinta kucing tampil berkongsi pelbagai ragam haiwan kesayangan masing-masing yang lucu, bijak dan menghiburkan.

Seperti perkongsian sebuah video pengguna TikTok @irentira yang memaparkan si bulus kesayangannya itu bertindak membuka kunci jendela biliknya.

Kisahnya terjadi apabila dia terkunci biliknya dan kucing yang bernama Kenzo tersebut turut terkurung sama di dalamnya.

Kucing sangat gemar dengan kotak, ini sebabnya

Menerusi video tersebut, kelihatan pemilik kucing berkenaan memberi arahan beberapa kali dan akhirnya ia berjaya membuka selak pada tingkap berkenaan.

Iklan

“Kenzo terkurung di dalam bilik, aku pula sudah sejam cuba buka jendela dari luar namun hampa.

“Dan akhirnya Kenzo memahami aku terkunci dari luar. Dia berusaha membuka jendela untuk aku. Tanpa dia mungkin aku tidak dapat masuk ke bilik,” coretnya.

Teletahnya itu berjaya mencuri perhatian ramai yang rata-rata memuji si Oyen itu sangat pintar.

Iklan

Ujar mereka;

“Kenzo luar biasa pintarnya, moga sihat selalu Kenzo.”

“Pintarnya si Oyen. Biasa kucing tahu makan dan berak aja.”

Baca juga Kontraktor salah sambung paip, 28 tahun kakitangan hospital tak sedar guna air kotor dari tandas

“Kenapa kucing orang lain bijak-bijak ya? Kucing aku tidak…”

“Kucing aku makan, tidur, melahirkan, kahwin, melahirkan macam tu je sampai sudah.”

“Bijaknya Kenzo… patut diberikan ganjaran hadiah kepadanya.”

Sehingga kini video terbabit telah mendapat lebih 6.6 juta tontonan, hampir 980,000 tanda suka dan 8100 komen di aplikasi berkenaan.

@irentira##viral ##fypシ kenzo 🥺♬ suara asli – ini_iren