'Kembali seperti dahulu'- Abang Viva berdamai dengan keluarga, warga maya luah rasa syukur

Iklan
2

MEMUAT naik foto bersama keluarga, hantaran Facebook sukarelawan, Azwan Omar atau Abang Viva menjadi perhatian ramai.

Selepas berhadapan dengan kemelut antara kakak, Fauziyah Omar dan keluarga baru-baru ini, Azwan mengesahkan permasalahan itu telah diselesaikan. Malah ikatan silaturahim kembali terjalin seperti sedia kala.

Iklan
Iklan

Baca juga: 'Tolong doakan kami'-Abang Viva mohon maaf, mahu selesai kemelut keluarga secara tertutup

Iklan

Baca juga: Angkut bot dari Melaka ke Selangor selamatkan mangsa banjir, berikut 10 info Abang Viva viral

Baca juga: Abang Viva terima sijil ‘Adiwira Prihatin Musibah’ dari APM buat warga maya sebak

Iklan

Suami kepada Evanoza Zakaria itu enggan memperincikan lanjut hal yang dibincangkan sebaliknya mahu ia diketahui oleh keluarga sahaja.

Dikenali sebagai Wira Banjir dalam kalangan warga maya, Azwan tidak mahu ahli keluarga terpalit sebarang isu yang timbul berkaitan dirinya.

"Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban bukan keluarga.

Baca juga: Buat baik dibalas baik, Abang Viva terima hadiah superbike dari seseorang

Baca juga: Fokus misi bantuan, Abang Viva rancang berhenti kerja

Dalam pada itu, Azwan yang baharu bernikah pada 14 Oktober lalu memaklumkan majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada Disember akan datang.

Warga maya rata-rata menzahirkan kesyukuran dan memuji kematangan Azwan berhadapan kontroversi terbabit.

-"Tahniah Azwan tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Matang, tiba-tiba sudah bergambar dengan famili. Moga ALLAH merahmati keluarga baik ini. Satu contoh perkara yang ALLAH hantar untuk kita teladani."

-"Syukur Alhamdulillah. Terus sebak bila dapat melihat familinya bersatu kembali. Semoga keluarga Abang Viva sentiasa dalam peliharaan ALLAH SWT."

-Profesional Abang Viva, anda gentleman. Selamat pengantin baru dan selamat melangkah ke alam rumah tangga."

-"Alhamdulillah, reda ibu ayah penting dalam kehidupan dan kebahagiaan hidup kita di dunia ni."

-Tahniah dan terbaik. Buang yang keruh ambil yang jernih. Air dicincang tidak akan putus."

Sebelum ini, kakak Azwan, Fauziyah memuat naik hantaran di Facebook untuk membersihkan nama ibu bapanya yang tercalar di samping mengelakkan kacau ganggu ketenteraman susulan perkahwinan aktivis masyarakat itu.

Baca juga: Hadir ke istana bersama ibu, hero banjir, Abang Viva terima Pingat Jasa Kebaktian

Baca juga: ;Hari Jumaat kami disatukan.'- Abang Viva, Evanoza selamat diijab kabul

Azwan kemudian melalui penstriman langsung di media sosial memaklumkan akan menyelesaikan segala permasalahan keluarga secara tertutup.

Anak kelahiran Melaka itu tular di pelbagai platform media sosial selepas memandu kereta Perodua Viva membawa bot getah ke Selangor demi membantu mangsa banjir dengan berbekalkan wang RM50 pada Disember tahun lalu.

Atas jasa baktinya itu, Azwan menerima kurniaan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada Ogos.

Baca juga: #SiBibirMerah: Restu ibu bapa dalam perkahwinan penting, bimbang bahagia hanya sekali, derita bersilih ganti

Sumber: Facebook Azwan Omar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi