MEMILIH hari Jumaat untuk disatukan, Abang Viva dan tunangan, Evanoza Zakaria kini sah bergelar suami isteri.

Berita tentang hari bahagia Abang Viva, 30, atau nama sebenarnya Azwan Omar telah dikongsikan isterinya menerusi laman sosial TikTok.

Evanoza memohon doa warga maya agar rumah tangga yang dibina dilimpahi keberkatan dan berkekalan hingga ke syurga.

Baca juga: Hadir ke istana bersama ibu, hero banjir, Abang Viva terima Pingat Jasa Kebaktian

“Pada hari jumaat yang mulia kami disatukan. Moga ALLAH SWT memberkati kami suami isteri sampai ke jannah.

“Doakan kami dan moga kita semua sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT,” titip Evanoza menerusi dua video yang dimuat naik.

Baca juga: Buat baik dibalas baik, Abang Viva terima hadiah ‘superbike’ dari seseorang

Warga siber yang teruja dengan perkongsian itu menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar kedua-dua mempelai dikurniakan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

-“Alhamdulillah akhirnya berjodohan kalian berdua.Saya doakn moga kalian bahagia till jannah

-“Alhamdulillahm tahniah sah menjadi suami isteri. Selamat membina bahtera rumahtangga mawaddah sakinah.

-“Tahniah sis dan Abang Viva. semoga bahagia hingga jannah.”

-“Tahniah selamat pengantin baru Eva dan Azwan semoga berbahagia hingga syurga. Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua.”

Iklan

Baca juga: Angkut bot dari Melaka ke Selangor selamatkan mangsa banjir, berikut 10 info Abang Viva viral

Terdahulu, Azwan mmenjadi perhatian ramai selepas melamar kekasih hatinya itu menerusi siaran langsung di TikTok.

Azwan sebelum ini tular di pelbagai platform media sosial selepas memandu kereta Perodua Viva membawa bot getah ke Selangor dari Melaka demi membantu mangsa banjir dengan berbekalkan RM50 pada Disember tahun lalu.

Atas jasa baktinya, pemuda itu menerima kurniaan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Baca juga: Sweet! Abang Viva tunjuk cincin lamar wanita di live TikTok curi perhatian

Iklan

Sumber: Tiktok evanoza_

Kredit foto: Tiktok evanoza_, Azizi Ang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi