DIA hanya orang awam biasa namun mempunyai hati yang ikhlas membantu.

Mengangkut bot dari Melaka ke negeri-negeri yang terjejas banjir, nama Abang Viva menjadi perhatian masyarakat.

Menolak diberikan pangkat, upah dan hadiah, pemilik nama sebenar Azwan Omar pernah menyatakan dirinya tidak mahu dikenali ramai.

Insan yang sanggup mengambil cuti kecemasan dan enggan menerima segala tajaan dalam proses menyelamat mangsa banjir itu juga turut dianugerahkan sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banjir) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) baru-baru ini.

Baca juga Buat baik dibalas baik, Abang Viva terima hadiah ‘superbike’ dari seseorang

Bukan itu sahaja, berkat niatnya yang murni, Azwan juga dikatakan telah mendapat rezeki secara ‘tiba-tiba’ sebuah motosikal ‘superbike’ dan kereta 4×4.

Alhamdulillah, begitulah berbuat baik juga dibalas baik!

Dalam perkembangan terbaharu, unsung hero kelahiran Melaka itu dilaporkan kini masih bercuti dan dalam perancangan untuk berhenti kerja dalam masa terdekat.

Apa yang mengujakan, pemuda berusia 30 tahun itu mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menumpukan perhatian kepada kerja sukarelawan.

Baca juga Angkut bot dari Melaka ke Selangor selamatkan mangsa banjir, berikut 10 info Abang Viva viral

Fokus misi bantuan, Abang Viva rancang berhenti kerja

Iklan

Ujarnya kepada Harian Metro, kerja sukarelawan memberi kepuasan kepada dirinya.

Katanya buat masa ini saya lebih selesa membuat kerja kebajikan membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Baca juga Abang Viva terima sijil ‘Adiwira Prihatin Musibah’ dari APM buat warga maya sebak

Menurut perancangannya, Azwan dikatakan akan meneruskan misi bantuan membersihkan pusat tahfiz di Pahang yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Iklan

Ujar Azwan, dia juga sudah mengadakan kutipan dana melalui Facebook miliknya bagi membantu menyediakan peralatan diperlukan di pusat tahfiz.

Semoga rezeki diberikan dapat membuka jalan lebih luas untuk Abang Viva membantu lebih ramai orang selepas ini.

Tahniah Azwan!