UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA (Bertulis) adalah sebahagian komponen penilaian bakal diduduki Murid Tahun Lima Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang berumur 11 tahun (mengikut tahun semasa).
Dalam perkembangan terkini, pelaksanaan UPKK (Bertulis) yang dijadualkan pada 14 hingga 17 Nov depan dipinda kepada 28 Nov hingga 1 Dis berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Baca juga: Ini doa ringkas ibu bapa boleh amalkan untuk anak menghadapi peperiksaan
[caption id="attachment_96293" width="800"] Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff[/caption]
Berikut 10 info berkaitan pindaan tersebut yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa:
1-Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata ujian Ulum Syariah (Akidah dan lbadah) pada 14 November dipinda ke 28 November 2022.
2-Manakala Sirah Jawi dan Khat pula dipinda dari 15 November kepada 29 November 2022.
3-Selain itu, Adab pada 16 November dipinda kepada 30 November 2022.
4- Ujian bertulis untuk Lughah Al-Quran pula dipinda dari 17 November kepada 1 Disember 2022.
5-"Pindaan ini dibuat bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan PRU15 yang berlangsung pada 19 November," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Jakim.
Menurutnya, Jakim amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.
Baca juga: PT3 mansuh diganti PBS mulai 2022, 10 fakta ibu ayah perlu tahu
Baca juga: ‘Macam tadika di Malaysia’- Bapa dedah sukatan Gred 1 di AS tarik perhatian warganet
LIMA INFO UPKK
i-UPKK bertujuan menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
ii-Antara bidang-bidang yang dinilai dalam UPKK ialah seperti berikut:
- Al-Quran
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat )
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah )
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
- Penghayatan Cara Hidup Islam.
- Amali Solat
iii- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat serta Asas Lughatul Quran dinilai dalam bentuk ujian bertulis.
iv-Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan Pengahayatan Cara Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.
v-Manakala penilaian bertulis hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya tiada kemudahan hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan Negeri.
Untuk makluman ibu bapa, Sijil UPKK diperakui di seluruh Malaysia bagi salah satu dokumen sokongan bagi permohonan pelajar untuk kemasukan Tingkatan Satu ke Sekolah Menengah Agama di seluruh negara terutamanya sekolah dibawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia.
Diharapkan ibu bapa memiliki anak yang menjadi calon UPKK mengambil maklum dan boleh merancang sebaik mungkin agar proses ujian berjalan dengan lancar.
Baca juga: Ini tip kerohanian yang dianjurkan Islam ketika menghadapi peperiksaan
Sumber: Bernama, Bahagian Pendidikan Jaipk
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi