RATA-rata memperkatakan tentang pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Selepas ia dibatalkan, bagaimana anak-anak akan dinilai, lebih-lebih lagi dalam pemilihan aliran dan penempatan sekolah di Tingkatan 4.

Berapa ramai diantara kita sempat menduduki peperiksaan PT3? Diperkenalkan pada tahun 2014, siapa sangka peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu sudah tidak akan diadakan lagi.

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

PT3 ialah pentaksiran yang diduduki para pelajar peringkat menengah rendah untuk menilai pencapaian akademik.

Pengumuman Menteri Pendidikan, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa PT3 dimansuhkan mulai tahun ini mungkin menimbulkan pelbagai persoalan kepada para ibu.

Mungkin timbul kegusaran tentang  mekanisme pentaksiran prestasi anak-anak. Berikut 10 fakta berkenaan pemansuhan PT3 yang perlu anda tahu:

1-Menurut Radzi, Kementerian Pendidikan  memfokuskan kepada usaha-usaha untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau PBS.

2-Ia merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK) dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik (PPSI).

3-Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.

4-PBD akan menilai semua mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan dilaporkan dua kali setahun.

5-Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tahun bermula dari Tingkatan 1 hingga melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

  • Pemerhatian
  • Penulisan
  • Lisan

-Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

Baca juga: Agong ucap tahniah, Cikgu Khalifa raih Anugerah Cambridge

Iklan

6-Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum Sekolah (PAJSK) pula ialah melibatkan kegiatan pelajar dalam kokurikulum sekolah yang merangkumi kelab/persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.

7-Ia bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum. Penilaian akan dilakukan setiap tahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember. Keputusan PAJSK adalah dalam bentuk Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul pada akhir tahun.

8-PAJSK merangkumi Ujian Standard Kecergasan Fizikal (Ujian SEGAK) iaitu ujian yang mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan, kokurikulum iaitu  kelab/persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan/permainan serta ekstra kurikulum iaitu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan.

9-Komponen terakhir PBS ialah Pentaksiran Psikometrik (PPSI).  Ia tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran pembelajaran tetapi bertindak mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) pelajar daripada pengalaman dan persekitaran.

Iklan

10-Bagi PPSI, pelajar perlu menjalani Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti.

ANEKDOT

  • PT3 menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
  • Terdahulu, PMR menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bermula tahun 1993.
  • PBS dilaksanakan bermula pada tahun 2012 di peringkat sekolah menengah.

Baca juga: [VIDEO] Sengaja langgar lampu merah sekolah, aksi berani anggota Rela sebat, tepuk kereta dipuji

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI