STRATEGI pemasaran mewakili tujuan dan usaha untuk mencapai objektif perniagaan. Peniaga yang hebat dalam pemasaran adalah peniaga yang dapat menghasilkan penceritaan mengenai jenama mereka.
Baru-baru ini tular sekeping gambar apabila seorang peniaga sate membuat 'banner' yang menyenaraikan semua nama parti politik. Ayat-ayat disusun cantik dan kemas dengan perenggan bagi memudahkan untuk dilihat dan dibaca.
Baca juga: PRU15: Pengundi muda pandang karisma, personaliti calon, ini 8 ciri pemimpin wajar dipilih
Baca juga: PRU15: 5 tip pengundi muda, jangan 'nervous', buat 10 langkah ini
Ternyata peniaga sate ini bijak mengambil kesempatan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menghitung detik untuk dilaksanakan. Banting tersebut dipacakkan di hadapan kedai.
Warga maya rata-rata tertarik dengan setiap ayat yang ditulis. Setiap ayat akan dimasukkan nama parti politik serta warna logo parti. Pada mulanya 'banner' itu seolah-olah kelihatan seperti 'banner' manifesto apabila dilihat dari jauh.
Namun apabila diteliti pada jarak dekat, rupa-rupanya ia tersebut sekadar pemasaran sebuah kedai sate.
Baca juga: Semak tempat mengundi anda di sini, mudah 'klik klik' online sahaja
Baca juga: Manifesto membela wanita buat ramai teruja, pilih yang terbaik!
Berikutan tularnya hantaran itu yang meraih sehingga 3,779 retweets, 104 quote tweets dan 7,952 tanda suka di Twitter.
Rata-rata warga maya turut memuji idea ‘di luar kotak’ peniaga sate tersebut. Berikut dikongsikan antara komen menarik daripada warga maya di Twitter. Ujar mereka:
-"Garapan peniaga sate."
-"Bagus, hebat! Kreatif!"
-"Pemasaran yang terbaik."
-"Dia bijak."
-"9 dalam 1."
-"Idea yang bagus."
Baca juga: Bertanding PRU15, berikut 20 fakta tentang Lando Zawawi Brotherhood
Sumber: ?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1592347539759837184%7Ctwgr%5Ebd6c2acd23ca5bf34964d71e" target="_blank" >Twitter brgsjks
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi