PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung tidak lama lagi. Mungkin ramai yang teruja untuk membuang undi pada 19 November nanti bagi memilih pemimpin untuk mentadbir negara.
Justeru, anda boleh membuat persiapan awal termasuk dokumen yang diperlukan.
Umum mengetahui kad pengenalan atau MyKad (identity card-IC) adalah salah satu dokumen yang perlu ada. Bagaimana pula jika dalam situasi ini ada yang kehilangan kad pengenalan?
[caption id="attachment_98220" width="360"] Kredit foto: Jabatan Pendaftaran Negara[/caption]
Baca juga: Semak tempat mengundi anda di sini, mudah 'klik klik' online sahaja
Baca juga: PRU15: 5 tip pengundi muda, jangan 'nervous' buat 10 langkah ini
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan terdapat beberapa dokumen pengenalan diri lain yang boleh anda bawa sewaktu hari pengundian.
"Sabar! Jangan panik kerana dokumen-dokumen lain selain kad pengenalan masih boleh digunakan semasa mengundi. Berikut adalah dokumen penting yang boleh menggantikan kad pengenalan semasa mengundi," jelasnya menyenaraikan lima dokumen lain yang boleh digunakan.
[caption id="attachment_98219" width="800"] Kredit foto:" target="_blank" >Bernama[/caption]
Selain MyKad, anda boleh menggunakan:
1.Pasport
2.Lesen memandu
3.Dokumen Pengenalan Sementara (JPN. KPPK09)
4.Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN. KPPK11) (disahkan Jabatan Pendaftaran Negara)
Selain membawa dokumen pengenalan, penting untuk anda mengetahui lokasi pusat mengundi. Perkara ini mungkin mengelirukan terutama bagi pengundi kali pertama terutamanya yang berumur 18 tahun.
Anda boleh menyemaknya di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilihPapar
Baca juga: Manifesto membela wanita buat ramai teruja, pilih yang terbaik!
Semoga bermanfaat!
Sumber: SPR
Kredit foto utama:" target="_blank" >Bernama, Jabatan Pendaftaran Negara
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi