'Biar tak berkuasa jangan tak berprinsip', 5 fakta menarik Nina Ismail Sabri paling diingati

Iklan
1

DATIN Nina Sabrina adalah puteri sulung kepada Perdana Menteri Malaysia kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Tidak terlibat dengan dunia politik, Nina, 35, adalah ahli perniagaan yang berjaya.

Mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, Nina dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Jeannelle Nika Mandagie pada 1 November 2017.

Iklan
Iklan

Biarpun statusnya sebagai anak Perdana Menteri, wanita genit ini tidak canggung mendekati masyarakat.

Iklan

SinarPlus sebelum ini pernah berkongsi Nina dan suami, tidak kekok turun padang membantu golongan yang memerlukan hingga ke ceruk kampung.

Iklan

Baca juga: Anak menantu Perdana Menteri sumbang duit jualan mask, turun padang sendiri bantu golongan memerlukan

Berikut adalah lima fakta mengenai figura hebat dan bijak ini:

1-Mengikuti Canadian International Matriculation Program selepas tamat sekolah menengah.

2-Sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, Nina pernah bekerja sementara di agensi pengiklanan.

3-Nina kemudian melanjutkan pelajaran di Lim Kok Wing University dan memperolehi ijazah sarjana muda Komunikasi Profesional dalam jurusan Pengiklanan dan Pemasaran.

 

4-Nina kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang urus niaga di University of Queensland, Australia.

5-Anak sulung daripada empat orang adik beradik, Nina merupakan pengasas kepada dua jenama iaitu salun Capello by Nina dan pusat asuhan kanak-kanak Peterana Kindergarten.

Baca juga: [VIDEO]Alahai comelnya tengok atuk dan cucu n-Gelagat Ismail Sabri mencuit hati

Usai Pilihan Raya Umum ke-15, (PRU15) pelbagai insiden dan kemelut terjadi ke arah penentuan kabinet baharu.

Nina menerusi aplikasi Instagram, Insta Stories berkongsi bapanya sebagai Naib Presiden UMNO menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sambil menambah sedia dipecat.

Tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp itu turut melibatkan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas.

Baca juga: On duty stylist Perdana Menteri, Jovian Mandagie menata gaya ibu bapa mertua

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Ahli Parlimen BN akan menghantar akuan bersumpah (SD) berkaitan sokongan pembentukan kerajaan baharu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pada jam 2 petang.

Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan beliau merupakan calon tunggal Perdana Menteri membabitkan rundingan bersama dengan BN.

Beliau berkata, BN tidak mencadangkan nama lain dalam perbincangannya bersama gabungan itu.

Baca juga: Jam tangan celoreng Perdana Menteri raih perhatian ramai, rupanya jenama Submarine

Sumber: Instagram ninaismailsabri, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi