Sambut ulang tahun perkahwinan ke-12, Elyana buka rahsia, lamar suami sebab mahu kahwin awal

Iklan
elyana (1)

ULANG tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Bagi kebanyakan pasangan, sambutan ulang tahun ini sangat penting dalam mengeratkan hubungan suami isteri.

Sambutan ulang tahun pernikahan bersama pasangan adalah salah satu cara untuk mengenang kembali momen manis bersama. Ia menghangatkan kembali hubungan antara anda berdua yang mungkin renggang seiring usia perkahwinan.

Iklan
Iklan

Penyanyi dan pelakon Elyana baru-baru membuat kejutan buat suaminya dengan mengadakan majlis sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12. Ia juga  diadakan sempena meraikan hari jadi suaminya yang ke-47.

Baca juga: Bebas kanser, Elyana perkenalkan doktor 10 tahun merawat dirinya

Iklan

Menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi laman Instagram, penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu itu menyatakan majlis tersebut dirancangnya seorang diri. Biarpun persiapan dilakukan dalam masa tiga hari sahaja namun ia berjaya dilaksanakan.

Iklan

"Sangat mencabar sebab memang terbatas pergerakan saya kerana duduk satu rumah. Bagaimanapun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang membantu merealisasikan majlis ini dengan begitu sempurna.

"Saya percaya dengan membuat orang yang kita sayang bahagia adalah kunci kebahagiaan untuk diri kita. Selamat ulang tahun perkahwinan bee,” tulis Elyana dalam kapsyennya.

Baca juga: Perjuangan 11 tahun berhasil, Elyana kini bebas kanser limfoma

"Siap pasang niat, saya akan berkahwin dengan sesiapa sahaja yang menjadi teman lelaki saya. Saya mengambil langkah berani dengan melamar teman lelaki (suami). Akhirnya pada 19 November 2010 kami selamat disatukan sebagai suami isteri,” cerita Elyana.

Baca juga: Muntah, ketakutan, seluruh badan rosak, susah bercakap, Elyana mohon fahami dirinya

Perkongsian Elyana mendapat banyak respon daripada warga maya. Rata-rata mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan dengan beliau dan suaminya.

Berikut antara komen-komen warga maya:

-"Semoga kekal hingga ke syurga.”

- Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga hubungan kekal hingga ke syurga ALLAH. 

-"Semoga kekal selamanya.”

-"Semoga panjang umur dan panjang jodoh hingga ke hujung nyawa, sihat sentiasa, bahagia, dicurahi rezeki yang berkat dan gembira bersama keluarga tercinta.”

-"Selamat ulang tahun perkahwinan Elyana dan suami. Semoga kebahagiaan yang dikurniakan ini berkekalan hingga ke jannah, Insya- ALLAH bersama keluarga tersayang.”

Perkongsian hidup Elyana atau nama penuh Erneelya Elyana Emrizal dan suami dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayyah, 11, dan seorang anak angkat, Ramadhani, 3.

Baca juga: Muntah, ketakutan, seluruh badan rosak, susah bercakap, Elyana mohon fahami dirinya

Sumber: Elyana

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi