LEBIH sedekad yang lalu, penyanyi, Elyana cekal dalam berjuang melawan kanser limfoma tahap empat.

Sejak disahkan menghidap barah pada tahun 2010, pelbagai rawatan dilalui penyanyi itu termasuk kemoterapi dan radioterapi.

Perkhabaran menggembirakan barah sudah hilang dikongsi Elyana.

Baca juga: Muntah, ketakutan, seluruh badan rosak, susah bercakap, Elyana mohon fahami dirinya

“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.

“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!

“Alhamdulillah Ya ALLAH, Terima kasih Ya ALLAH , Kau telah mendengar doa kami,” titip Elyana.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal meluahkan perasaan gembira berkenaan berita baik itu dan sentiasa bersangka baik kepada ALLAH.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.

“Aku pernah putus asa untuk berjuang. Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang.

“Tetapi aku sangat percaya dengan keajaiban daripada Dia Mala Pencipta. ALLAH Maha Baik! I love you Ya ALLAH,” titipnya.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Rakan artis dan para pengikut menzahirkan kesyukuran atas perkongsian berita menggembirakan itu.

Malah ada yang menjadikan perjuangan Elyana melawan kanser sebagai inspirasi.

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakitnya ketika siaran langsung Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Iklan

Dia mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10 dan memiliki anak angkat, Cinta Ramadhani, dua tahun.

Baca juga: “Baru tahu seksanya rabun…” Penglihatan Elyana makin kabur

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Instagram elyanaofficial1