PENYANYI Elyana terus berjuang setelah diuji kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun yang lalu.

Dalam perkembangan terbarunya, penyanyi lagu ‘Kalis Rindu’ itu memohon peminat dan orang ramai memahami situasi yang dilaluinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu kelihatan merasa sedih apabila ada sesetengah individu yang seolah tidak mengerti akan usahanya dan menghakimi setiap perkara yang dilakukan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ujar Elyana, sepanjang 10 tahun lebih melawan penyakit kenser limfoma tahap empat, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan kesihatannya berada pada tahap terbaik.

“Saya dah sakit lebih 10 tahun. Lebih 20 kali chemo, lebih 30 kali radioterapi. Apa yang saya tak pernah lakukan?

“Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Benda yang anda tak terfikir boleh makan pun saya makan. Macam-macam rasa saya telan juga untuk sihat.

“Tak makan selama setahun pun pernah, sebab tak ada selera. Berubat semua ceruk orang beritahu saya pergi.

Baca juga Saya tidak mahu memanjangkan sesuatu masalah – Shahir Zawawi

“Tapi jika kamu jadi saya, baru kamu akan faham keadaan ini. Tak ada gunanya jika saya jelaskan selagi kamu tidak merasainya sendiri.

“Beza kalau kita ni pernah jaga atau kenal orang yang sakit dengan kita sendiri yang mengalami dan berperang dengan sakit. Beza…

“Jika anda ingin membantu, belajar lah memahami. Bukan menghakimi dalam komen dan complain. Rosak jiwa saya. Saya dah buat sebaik mungkin yang saya mampu untuk 10 tahun ni,” coretnya.

Sel kanser Elyana sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha

Ujar Elyana lanjut, tidak mudah untuk menjaga diri sendiri apatah lagi menjaga orang lain dalam keadaan dirinya sebegitu.

“Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah saya yang harus menjaga orang lain. Saya tak mengadu hanya nak beritahu. Saya bukan ada Superpower.

“Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa. Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan.

“Mulut penuh ulser, demam tak menentu, saraf seluruh badan sakit, susah berjalan, tak boleh minum air, telan air liur pun sakit.

Baca juga “Baru tahu seksanya rabun…” Penglihatan Elyana makin kabur

“Muntah, ketakutan, seluruh badan rosak. Susah bercakap, tumpah darah bertahun-tahun, nak duduk berdiri sakit, nak jaga keluarga, nak cari duit, berfikir, tak boleh tidur…

“Nak selalu tersenyum depan anda, berat. Terlalu berat. Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu tidak pernah merasai nya sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakitnya ketika siaran langsung Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Iklan

Dia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10 dan memiliki anak angkat, Cinta Ramadhani, dua tahun.

Iklan

Semoga Elyana terus kuat menjalani rawatan dan segera sembuh, sama-samalah kita doakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)