Wanita pelarian Syria pertama jadi juruterbang pada usia 21 tahun, Maya Ghazal kongsi rahsia kejayaan

Iklan
new maya

GADIS muda bernama Maya Ghazal membuktikan, jantina dan penampilan berhijab bukan penghalang untuk beliau menggapai cita-citanya sebagai seorang juruterbang.

Apatah lagi, status diri beliau ketika itu bertaraf pelarian.

Iklan
Iklan

Maya yang berasal dari Syria sememangnya layak dijadikan sumber inspirasi bukan sahaja oleh wanita seusianya, malah seluruh kaum Hawa seluruh benua dek kebijaksanaan dalam bidang pendidikan.

Baca ni 'Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.' Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya 'tawan' puncak KLCC

Iklan

Bahkan, empunya diri juga menjadi lambang kebanggaan sebagai seorang wanita Islam yang unggul!

Iklan

Kredibiliti wanita berusia 23 tahun itu turut meraih perhatian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

Beliau muncul antara barisan gadis muda yang dilantik sebagai duta kepada UNHCR Good Will Ambassador bermula tahun 2021 bagi meraih dan menyebar kesedaran mengenai hak asasi manusia serta mewujudkan kesedaran kemanusian terhadap isu pelarian.

Memetik kenyataan UNHCR, Maya yang juga pernah dijemput menyampaikan ucapan yang berinspirasi kepada semua pihak di seantero dunia termasuklah kanak-kanak sekolah dan sektor swasta pada Forum Pemerkasaan Belia WE Day, Forum Sosial Global mengenai pendidikan.

Antaran lokasi ucapan beliau adalah di Istana Westminster, London, United Kingdom (UK).

Malah, Maya turut berpeluang bertemu bintang terkemuka, Tom Cruise.

Mereka berdua sempat berbicara mengenai kepelbagaian dalam dunia penerbangan.

Ketika itu, beliau dan Cruise dijemput menjadi tetamu Silverstone by Toto Wolff yang merupakan billionaire kelahiran Austria, eksekutif dunia permotoran, pelabur dan juga bekas pelumba.

 

PERGOLAKAN PEPERANGAN

Di sebalik kejayaan tersebut, empunya diri terpaksa melalui kehidupan yang penuh ranjau dan berliku.

Maya dikatakan terpaksa meninggalkan Damascus, Syria pada tahun 2015 akibat pergolakan peperangan.

Baca lagi Tidak suka digelar seksi, Markovic pemain bola sepak tercantik di dunia, pilih sukan berbanding jadi model

Pada usianya 16 tahun, wanita muda tersebut telah memulakan kehidupan baharu di UK di bawah skim penyatuan semula keluarga.

Situasi sebagai pelarian tidak melemahkan semangatnya, bahkan hasil kerja keras dan ketabahan, Maya berjaya memperoleh ijazah dalam bidang Kejuruteraan Penerbangan dan Pengajian Juruterbang di University Of London.

Lebih membanggakan, pada umurnya mencecah 21 tahun, gadis yang cukup manis dengan senyuman itu berjaya melakar sejarah menjadi wanita pelarian Syria pertama berjaya bergelar juruterbang.

Bahkan, beliau menggunakan kelebihan yang pada dirinya itu untuk membela nasib pelarian lain sepertinya sehinggalah sekarang.

RESIPI KEJAYAAN

Resipi kejayaan Maya tidak lain tidak bukan adalah sangat mementingkan soal pendidikan.

Perkara tersebut diakuinya menerusi laman Instagram miliknya.

Menelusuri kisah hidupnya, Maya jujur mengakui tidak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris. Justeru, beliau nekad mencari inisiatif untuk belajar sendiri.

Malah, dirinya juga terpaksa melalui pelbagai halangan sebelum berjaya menyambung kembali pengajiannya yang tergendala.

"Sepanjang 15 tahun di Syria, pendidikan adalah satu kewajipan dan sangat penting. Biarpun sedar akan bahaya sekiranya pergi ke sekolah sewaktu negara sedang bergolak, namun hanya beberapa hari sahaja saya tidak hadir ke sekolah.

"Sewaktu berhijrah ke UK, saya bukan sahaja ketinggalan dalam pendidikan, bahkan pernah ditolak mengikuti persekolahan di situ. Semuanya gara-gara masalah kerakyatan meskipun saya cemerlang dalam akademik," kongsinya lagi.

Baca ni 'Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.' Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Pun demikian, kebijaksanaan yang dimiliki Maya membolehkan beliau menempatkan diri di sekolah berkenaan, sekali gus meyakinkan para guru untuk menerima kehadirannya.

"Saya mula menyedari akan keupayaan yang ada pada diri dan mendapatkan kembali keyakinan untuk menggapai segala yang saya impikan selama ini.

"Pendidikan merupakan satu alat yang saya percaya boleh mengubah dunia. Tanpa pendidikan saya tidak mungkin dapat menjadi juruterbang atau jurutera seperti sekarang," ungkap Maya lagi.

Sumber: Instagram ghazalmia ,EBACE2022 & UNHCR

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi