Dr Sheikh Muszaphar kongsi video berita gembira dan 'ultrasound', netizen teka Dr Halina hamil lagi

Iklan
1

DATUK Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha figura yang disegani. Angkasawan negara pertama itu bukan sahaja menjadi inspirasi kerana kejayaannya, beliau juga pempengaruh keibubapaan yang diikuti ramai.

Iklan
Iklan

Sering berkongsi ilmu dan menjadi inspirasi ibu bapa muda, bapa kepada enam cahaya mata itu baru-baru ini memuat naik sebuah video yang menimbulkan tanda tanya para pengikutnya.

Baca juga: 'Super aktif, mahu pengsan maknya.'-Kongsi sambutan hari lahir anak kembar, luahan hati Dr Halina bikin ramai terhibur

Sheikh Muszaphar berkongsi video yang memaparkan beliau membisikkan berita menggembirakan kepada anak-anaknya.

Iklan

Iklan

Pada akhir video dipaparkan keenam-enam anak memeluk isteri beliau, Dr Halina dan rakaman imbasan ultra sound yang mengesan degupan jantung bayi.

Rata-rata mengucapkan tahniah. Tidak kurang yang menyatakan terhibur dengan gelagat permata hati doktor bedah ortopedik itu dan meminta penjelasan lanjut.

- “Apa tu… dapat adik lagikah?”

- “Berita apa, hendak nak tahu juga?”

- “Alhamdulillah tahniah, semoga ALLAH mudahkan setiap urusan kalian sekeluarga.”

- “Bestnya dapat anak ramai, penyeri hidup dunia dan akhirat.”

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos berkahwin pada 10 Oktober 2010.

Pekahwinan mereka diserikan dengan kehadiran enam cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 5, Sheikh Eusoff serta Sophea Emelia, 2.

Baca juga: 'Anak-anak merayu mahu naik lagi, mak, bapa macam mahu pengsan.' -Dr Halina kongsi kisah lucu anak-anak pertama kali naik tren

Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar