Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Dr Sheikh Muszaphar berhasrat enam anak turut bergelar doktor
Dr Sheikh Muszaphar berhasrat enam anak turut bergelar doktor
A
A
A

"IMPIAN saya adalah menjadikan semua anak saya bergelar doktor."

Begitulah perkongsian angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di laman Instagram miliknya semalam.

Menerusi posting itu, beliau berkongsi sekeping foto cahaya mata pasangan kembar yang sedang menjalani sesi fotografi bertemakan profesion doktor yang lengkap dengan stetoskop.

Dr Sheikh Muszaphar turut menanam hasrat untuk melihat ke enam-enam anaknya mengikut jejak beliau menjadi doktor.

Disamping foto yang berkapsyen 'dua doktor tidur' itu, Dr Sheikh Muszaphar turut menyenaraikan semua nama anaknya berserta 'Dr' di hadapan. Dr Isabella, Dr Natasha, Dr Adam, Dr Noah, Dr Eusoff dan Dr Emelia.

Beliau turut berkongsi kenangan bersama bapanya suatu ketika lalu serta sedikit perjalanan menjadi seorang doktor.

"Saya mahu menjadi doktor sejak berumur enam tahun. Ayah saya memperkenalkan saya kepada stetoskop, mikroskop, buku berkaitan dengan biologi daripada usia yang sangat muda. Saya turut mengatakan 'saya mahu menjadi doktor' 10 kali sehari.

"Terdapat juga sebuah poster di dinding saya untuk ingatkan saya setiap kali saya bangun dari tidur," tulisnya.

Selain itu, Dr Sheikh Muszaphar turut membuat pembedahan kepada katak ketika berusia lapan tahun.

"Pertama kali saya bedah katak masa berumur lapan tahun, Saya tak pernah bercita-cita lain selain

menjadi doktor. Saya sangat gembira dan bangga berjaya mencapai impian itu.

"Sepanjang membesarkan saya, ayah saya menggunakan kuasa visual. Setiap hari ayah ingatkan saya, "What the Mind believes, the Body can Achieve" dan kini saya buat untuk anak-anak saya," katanya.

Baca juga Hamil 38 minggu, Faye Kusairi mengalami Bell Palsy

Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka kini sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun serta pasangan kembar lain jantina, Eusoff dan Emelia berusia 20 hari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca