MUNGKIN bukan sahaja SinarPlus, malah warga maya lain terhibur membaca coretan Datin Dr Halina Yunos yang berkongsi kisah anak-anaknya menaiki Transit Kereta Api Ringan (LRT) buat pertama kali.

Isteri kesayangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor itu berkata, anak-anaknya memang gembira berpeluang merasai sendiri pengalaman baharu menaiki kenderaan awam tersebut.

Cerita Dr Harlina, semuanya bermula pada hari Jumaat lepas apabila mereka lapan beranak meraikan funday out dengan menaiki tren berdekatan rumah ke KLCC.

“Mereka (anak-anak) super excited dapat naik tren, kami tak tahu naik tren ini free sampai pertengahan julai ini. Kami sampai KLCC hampir pukul 10 malam,” ujarnya menerusi kapsyennya di laman Instagram.

Baca ni ‘Sign’ surat perjanjian, ini cara Dr Halina bagi anak gajet demi belajar online

MUNTAH DALAM TREN

Dalam keterujaan tersebut, pengamal perubatan itu berkata, anaknya Eusoff muntah di dalam tren tersebut.

Namun apa yang membuatkan mereka terharu adalah keprihatinan orang Malaysia yang menghulurkan tisu basah untuk mereka.

“Habis semua baju, tapi rakyat Malaysia memang prihatin. Laju mereka hulurkan tisu basah dan sempat kami bersihkan sebelum ke hentian KLCC.

“Terima kasih kepada yang bagi tisu basah hari itu. Sampai KLCC elok pula keluar tren tu ada butik H&M. Jadi, Eusoff dapat baju baharu,” kongsinya lagi.

Tidak sekadar merasai pengalaman menaiki kenderaan awam itu, pasangan berkenaan turut membawa anak-anak mereka ke Taman KLCC sambil melihat air pancur yang menjadi tarikan utama di kawasan membeli-belah tersebut.

“Sampai KLCC sempat tengok fountain show, makan aiskrim dan jalan-jalan sekejap.

“Saya fikir ramai yang kenal kami apabila saya asyik memanggil nama Adam, Noah, Tasha…sebab mereka berlari-lari. Nampak macam saya tak chill.

“Maaflah saya memang tak boleh nak chill apabila anak-anak asyik berlari dalam suasana persekitaran yang tak biasa untuk mereka,” jelas Dr Halina.

ANAK PERAMAH DAN MESRA

Ceritanya lagi, anaknya, Adam yang terlebih ‘peramah’ dan mesra telah menegur penumpang lain.

Bahkan, si kecil itu sempat lagi bermain dengan seorang penumpang wanita yang duduk di sebelahnya.

“Ada cerita lain waktu dalam tren mengenai Adam yang terlebih mesra dan rajin bersembang dengan orang. Waktu sampai satu hentian ini, masuk seorang lelaki Cina dengan teman wanitanya.

Iklan

“Adam tegur kenapa seluar lelaki tersebut ‘koyak’? Saya yang duduk sebelah Adam rasa macam nak pengsan. Orang itu ikut fesyen, anak saya pula lurus macam pembaris,”

Bagaimanapun, Dr Halina berasa lega kerana pemuda tersebut sangat baik dan faham dengan situasi Adam yang belum memahami tentang fesyen.

Pemuda berkenaan dengan nada bergurau berkata, beliau baru baru sahaja ‘berlawan’ dengan harimau. Mendengar jawapan tersebut membuatkan Adam terpinga-pinga.

Sudah pastinya, Dr Halina hanya ketawa dan pada masa sama, turut menitipkan ucapan terima kasih di atas sikap gentleman pemuda itu.

ANAK MERAYU MAHU NAIK LAGI

Ketika dalam perjalanan pulang, pasangan sejoli dan anak-anak mereka nampaknya mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti yang sama lagi!

Apa yang melucukan, sampai sahaja di rumah anak-anak merayu untuk menaiki tren.

Iklan

“Anak-anak merayu nak naik lagi nanti. Mak dengan bapak macam sudah mahu pengsan. Cuba lagi tahun depan apabila mereka sudah besar,” ungkap Dr Halina lagi.

Baca lagi Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)

Sumber: drhalina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan