#SiBibirMerah: Menari demi segelas air percuma? Wanita jagalah harga diri

Iklan
wanita

#SiBibirMerah: Menari demi segelas air percuma? Wanita jagalah harga diri

WANITA adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Ia adalah kedudukan istimewa yang diberikan Islam terhadap wanita.

Iklan
Iklan

Bagai mutiara yang mahal harganya, Islam menempatkan perempuan sebagai makhluk yang mulia yang harus dijaga.

Asas kehormatan seorang wanita yang digariskan oleh Islam adalah aurat, sifat malu dalam pertuturan dan pergaulan serta memelihara faraj daripada zina.

Iklan

Baca juga ‘Suamiku syurgaku.’ – Ini kisah Junainah, wanita tabah kendong suami turun naik tangga rumah 4 tingkat

Sehubungan itu, Bibir Merah tertarik dengan satu kejadian tular baru-baru ini yang mendapat kecaman di media sosial.

Iklan

Kejadian yang difahamkan berlaku di sebuah pesta ria melibatkan orang ramai yang menyahut cabaran menari untuk mendapatkan air percuma.

Sedihnya rasa Bibir Merah kerana menerusi video yang tular, kelihatan ramai wanita yang sanggup menyahut cabaran itu. Demi air percuma!

Apalah perasaan peniaga agaknya melihat orang ramai membuat menari sakan di depan food truck mereka ya? Seronok?

Baca juga Bersalin secara pembedahan tak boleh lebih 3 kali, ini risiko wanita perlu tahu

[caption id="attachment_97831" width="800"] Kredit: Foto Freepik[/caption]

Bagaimanapun Bibir Merah maklum selepas menerima kecaman teruk netizen, peniaga minuman itu tampil memberikan penjelasan bahawa mereka tidak memberikan air secara percuma sebaliknya ia sekadar konten untuk TikTok semata-mata.

Bagi Bibir Merah, walaupun untuk konten peniaga, ia tetap tidak sopan apatah lagi melibatkan di depan khalayak ramai.

Baca juga Tanggungjawab menantu terhadap mentua, ini yang wanita perlu tahu

Meninjau ke laman sosial, ramai warga maya melahirkan perasaan amarah melihat gelagat orang ramai menyahut tawaran berkenaan.

Apa-apapun Bibir Merah berharap agar wanita di luar sana jagalah kesopanan diri walau di mana anda berada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.