TIDAK tahu dirinya sedang hamil, wanita terkejut bila melalui detik melahirkan anak dalam pesawat.

Mulanya hanya berasa sakit perut, seorang wanita dari Ecuador melalui detik cemas apabila dia melahirkan anak dalam tandas pesawat dinaiki semalam.

Menurut laporan Daily Star, wanita dikenali Tamara itu dalam perjalanan ke Madrid, Sepanyol dengan menaiki penerbangan syarikat KLM Belanda yang perlu melakukan transit di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam.

Baca juga Telefon terjatuh dalam kandang panda gara-gara leka ambil foto. Tindakan anak muda bikin ramai cuak

Dalam perjalanan tersebut, dia ke tandas kerana mengalami sakit perut hanya beberapa jam sebelum pesawat itu tiba di lapangan terbang tersebut.

Pun begitu, Tamara sangat bernasib baik kerana terdapat dua orang doktor dan seorang jururawat dalam penerbangan berkenaan yang dapat memberi bantuan kecemasan.

Tamara sangat-sangat berterima kasih atas bantuan diberikan sehingga menamakan anaknya, Maximiliano sempena nama salah seorang doktor dalam penerbangan itu.

Baca juga 28 tahun dibesarkan sebagai wanita, setahun jadi lelaki, Aprilio Perkasa Manganang berkahwin

Kredit foto: CEN

Sebaik sahaja pesawat mendarat di Belanda dengan selamat, Tamara dan bayinya dibawa ke hospital Spaarne Gasthuis Haarlem South yang terletak di barat Amsterdam.

Jurucakap syarikat penerbangan mengesahkan bahawa ibu dan bayi itu berada dalam keadaan baik.

Iklan

Mereka kini menunggu kertas kerja rasmi untuk bayi itu disiapkan sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Madrid.

Baca juga Sanggup kunci rahang gara-gara nak kurus cepat, kisah ekstrem wanita ini buat netizen garu kepala

Justeru, wanita, lakukanlah pemeriksaan kehamilan terlebih dahulu sebelum menaiki kapal terbang. Terlalu banyak kes tidak ketahui diri hamil sekarang ini.

Iklan

Ia kerana semua syarikat penerbangan mempunyai polisi ketat yang melarang wanita sarat daripada terbang kerana risiko dan bahaya untuk bersalin di udara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.