Bermain dengan kakak di anjung rumah, bayi 15 bulan lemas banjir, 7 info kronologi kejadian

Iklan
1

MUSIM tengkujuh susulan Monsun Timur Laut yang melanda negara mengakibatkan banjir yang teruk di Pantai Timur. Kenaikan air yang mendadak membuatkan penduduk perlu bersiap sedia dalam masa yang singkat meninggalkan kediaman masing-masing.

Baharu sahaja dikejutkan dengan berita korban banjir pertama melibatkan kanak-kanak berusia dua tahun di Besut, Terengganu, rakyat Malaysia sekali lagi berduka dengan berita kematian seorang bayi lelaki di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan akibat lemas.

Iklan
Iklan

Baca juga: Bersiap ke PPS budak 2 tahun tak disedari hilang, terapung 20 meter dari rumah ibu saudara, ini kronologi menyayat hati

[caption id="attachment_97732" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]

Iklan

Kisah menyedihkan bayi lelaki bernama Mohamad Putra Zhafran Mohamed Iswandiee itu benar-benar meruntun hati warga maya. Apatah lagi si kecil itu baharu sahaja berusia 15 bulan.

Berikut adalah kronologi kejadian yang wajar dijadikan pengajaran:

Iklan

1-Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan mangsa ialah Muhamad Putra Zahfran Mohamed Iswandiee dan merupakan korban pertama banjir di negeri Kelantan.

2-Katanya, berdasarkan laporan oleh bapa saudara mangsa yang berusia 21 tahun, kejadian berlaku ketika beliau bersama ibu pengadu sedang mengemas rumah.

4-"Apabila beliau ke luar rumah dan turun ke halaman rumah yang banjir, tiba-tiba badan mangsa timbul terapung di permukaan air,” katanya.

Baca juga: Bapa kaku lihat jasad anak 3 tahun lemas, ditemui lepas solat hajat, ini kronologi kejadian

[caption id="attachment_101455" width="800"] Kredit foto: JBPM Negeri Kelantan[/caption]

6-"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu tengah hari tadi dan jentera digegaskan ke lokasi kejadian pada 1.04 tengah hari untuk operasi menyelamat.

7-"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah dijumpai penduduk kampung dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut," katanya.

Baca juga: Berani, prihatin! Pantas sambar sampan selamat kanak-kanak hampir lemas, 10 info Muhammad Zulfikal

Save The Children menggariskan lima panduan buat ibu bapa dan penjaga tentang penjagaan si kecil ketika bencana banjir melanda.

1-Ikuti panduan pihak berkuasa tempatan. Hindari kawasan yang terjejas. Patuhi arahan jika diarahkan berpindah.

2-Bergerak ke tempat yang lebih tinggi jangan berlengah. Air banjir mendedahkan pelbagai risiko dan bahaya kepada isi rumah.

3-Jauhkan kanak-kanak daripada air banjir.

4-Hindari si kecil dari air banjir kerana ia kotor, membawa bakteria dan mendedahkan mereka kepada renjatan elektrik.

5. Jaga kebersihan kanak-kanak. Pastikan mereka membasuh tangan dengan kerap dan mandi selepas terkena air banjir.

Baca juga: Panduan keselamatan elektrik ketika dan selepas banjir, ini saranan Tenaga Nasional Berhad

Sumber: Sinar Harian, Save The Children

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi