VIDEO yang memaparkan kejadian menyayat hati kanak-kanak dua tahun meninggal dunia selepas lemas meruntun hati. Perginya dalam keadaan yang memilukan.

Banjir yang sedang melanda Terengganu semakin memburuk memaksa ramai membuat persiapan untuk berpindah.

Baca juga: Bapa kaku lihat jasad anak 3 tahun lemas, ditemui lepas solat hajat, ini kronologi kejadian

Kredit foto: Facebook Info Semasa

Namun belum sempat berpindah dari rumah ibu saudaranya di Kampung Apal, Jerteh, Besut ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), si kecil Allahyarham Nur Hilwa Idris Mohd Haris Zaifan, 2, pergi buat selama-lamanya.

Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:

1- Ketika kejadian Nur Hilwa berada di rumah ibu saudaranya.

2-Ketika itu rumah berkenaan dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

3-Sebelum kejadian, ibu saudaranya sedang berkemas untuk berpindah ke PPS pada jam 3 petang.

Kredit foto: Bernama

4-Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata Kehilangan si kecil itu hanya disedari kira-kira 40 minit.

5-Ia susulan penemuan jasad anak kecil itu terapung di dalam parit yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah ibu saudaranya.

6-Ibu saudara Allahyarham tidak menyedari kanak-kanak itu keluar melalui pintu dapur dan dipercayai terjatuh sebelum dihanyutkan arus banjir.

7-Rohaimi mengingatkan supaya semua pihak lebih berwaspada dan menitikberatkan aspek keselamatan sepanjang Monsun Timur Laut.

Kredit foto: Bernama

Baca juga: Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak lemas sauk ikan di tali air, 6 tip ini mak-mak perlu waspada

8-“Elakkan kanak-kanak kecil bermain air pada musim banjir kerana membahayakan nyawa mereka.

9-“Ibu bapa, penjaga perlu memainkan peranan agar lebih berhati-hati dan peka terhadap keselamatan kanak-kanak pada musim Monsun Timur Laut ini, ” ujar Rohaimi.

10-Katanya keprihatinan ibu bapa amat penting supaya musibah seperti ini dapat dicegah daripada berulang.

Baca juga: ‘Sejam suami tak bernafas akhirnya tak dapat diselamatkan.’- pentingnya ilmu CPR yang betul

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai agar melakukan perkara berikut termasuk menitik beratkan soal keselamatan kanak-kanak:

Kredit foto: Pexels

1-Tidak membiarkan kanak-kanak bermain banjir.

Iklan

2-Sentiasa menjaga keselamatan warga emas, kanak-kanak dan ibu hamil.

3-Mematuhi arahan pihak berkuasa.

4-Menutup semua suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas sebelum meninggal rumah.

5-Sentiasa meminum air bersih dan makanan yang dimasak.

6-Menjaga kebersihan diri dan persekitaran dengan membasuh tangan dengan sabun serta air bersih.

7-Mematuhi nasihat anggota kesihatan.

Iklan

Semoga keluarga mangsa tabah menerima kehilangan ini, al-Fatihah.

Baca juga: Badan keras, membulat masa ditemui, lelaki kongsi detik cemas isteri lakukan CPR selamatkan anak lemas

Sumber: Sinar Harian, Bernama

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Sertai grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.