Kisah sejadah selit di pinggang ketika marathon, pemergian suami jentik hati warganet

Iklan
1

HANYA dengan kisah sehelai sejadah menjentik hati warganet. Luahan seorang wanita tentang pemergian suami tersayang usai menamatkan marathon Langkawi mengundang muhasabah diri.

Baru-baru ini media melaporkan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, meninggal dunia selepas selesai menamatkan larian Langkawi Half Marathon.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan ahli akademik itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa menghampiri garisan penamat.

Baca juga: ALLAH dah jentik hati, kenapa perlu saya bertangguh lagi? Transisi Dahlia bukan ikutan

Iklan

[caption id="attachment_101635" width="800"] Foto: PDRM[/caption]

"Petugas perubatan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah beri bantuan awal dan Cardiopulmonary resuscitation (CPR) sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi,”

Iklan

"Ujian Covid-19 yang dibuat adalah negatif dan mayat akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk post mortem. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," kata beliau.

Isteri adalah insan yang terdekat bagi seorang suami. Hilang insan tersayang dalam sekelip mata, Dr Sheereen Zulkefly menitipkan luahan yang meruntun hati di laman sosial Facebook.

Baca juga: Macam-macam cara boleh sedekah, ini paling kreatif dan terbaik

Memuat naik foto Allahyarham berlari sambil menyelitkan sehelai sejadah di bahagian pinggang, Sheereen menceritakan semula kebiasaan Dr Nik Mohd Faiz seperti mana dikongsikan rakan suaminya bernama Syahmi.

Berikut perkongsiannya:

"Kisah sejadah. Gambar Allahyarham suami berlari sambil membawa sejadah viral tatkala pengumuman berita kematiannya. Allahuakbar.

"Sebenarnya, gambar itu dirakam sewaktu Allahyarham suami berlari dalam Standard Chartered KL Marathon pada bulan November lepas. Beliau berhenti sebentar untuk solat Subuh dan kemudian meneruskan lariannya," titipnya.

[caption id="attachment_101633" width="800"] Gambar hiasan (Unsplash)[/caption]

Menerusi coretan, Sheereen berkata membawa bersama kelengkapan solat itu adalah kebiasaan suaminya.

"Alhamdulillah, memang begitulah cara beliau. Sangkutkan sejadah kecil setiap kali larian supaya boleh berhenti solat sebaik masuk waktu.

"Di Langkawi International Half Marathon 2022, Allahyarham suami saya menunaikan solat Subuh terlebih dahulu sebelum memulakan larian. Beliau melihat ramai yang menunggu giliran untuk menggunakan khemah bagi menunaikan solat subuh.

"Setelah selesai solatnya, beliau memberitahu sahabat lariannya, Syahmi,"Engkau pakailah sejadah aku. Selepas ini aku nak wakafkan sejadah ini kepada pelari lain. Biar aku dapat pahala berterusan."

[caption id="attachment_101634" width="800"] Gambar hiasan (Pexels)[/caption]

Tulis Sheereen selesai rakan suaminya, Syahmi menunaikan solat subuh, Allahyarham memberikan sejadah digunakan kepada pelari lain.

"Abang, pakai sejadah saya dan serahkan untuk diguna oleh orang seterusnya ya".

"Kisah ini diceritakan kepada saya oleh Syahmi, ketika kami dalam bot marin dalam perjalanan menuju ke Jeti Kuala Perlis bersama jenazah Allahyarham untuk dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

"Moga niat Allahyarham suami saya untuk mendapat pahala beterusan itu dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Aamiin Allahumma Aamiin," coretnya.

Baca juga: Tak boleh ulangi solat fardu saja-saja, ini yang perlu kita tahu

Hantaran tersebut menerima 4,500 reaksi dan lebih 800 perkongsian. Menjengah ke ruangan komen, para pelajar,  keluarga pelajar dan rakan sejawat mendedahkan kebaikan pensyarah berkenaan.

Warga maya menitipkan ucapan takziah dan mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

-"Salam takziah Dr Sheereen Zulkefly atas pemergian suami. Pengakhiran yang dicemburui. Terima kasih atas perkongsian."

-"Salam takziah Puan. Anak saya salah seorang pelajarnya.Apabila mendapat berita beliau meninggal anak saya sedih rasa kehilangan semua. Menurutnya suami puan pensyarah yang sangat baik, semua 'student' sayang. Semoga segala ilmu yang dicurahkan beliau menjadi asbab beliau ke syurga.Amiin."

-"Arwah Dr Nik Mohd Faiz sememangnya seorang yang sangat merendah diri, percakapannya yang lembut dan sangat disenangi ramai sahabat tidak mengira bangsa. Perwatakan beliau yang saya sangat senang adalah beliau akan cuba memberikan fokus dan 'eye contact' bila berbicara dengan beliau tanpa mengira siapa dan apa pangkat kamu.. tidak hairanlah sangat ramai orang hadir di majlis pengebumian beliau ."

-"Arwah Dr Nik sangat baik. Semasa PKP, banyak arwah belikan barang makanan kerana pelajar tidak boleh keluar. Minyak masak murni berbotol-botol, sosej bukan jenama biasa, beras pula beras basmati dan banyak lagi."

-"Kagum saya membaca perkongsian ini. Moga segala kebajikan arwah dicontohi kita yang masih berjuang."

-"Moga berterusan pahala Allahyarham seperti air yang mengalir."

Baca juga: Wakaf karpet masjid atau jamu orang makan ketika Ramadan, mana lagi afdal?

Semoga kisah pemergian Dr Nik Mohd Faiz memberikan inspirasi buat kita terus mempertingkatkan amalan, kebajikan dan sedekah sebagai bekalan di akhirat.

Sesungguhnya ganjaran sesuatu amal kebajikan akan terputus sebaik sahaja seseorang itu meninggal dunia. Hanya tiga jenis amalan yang dijamin pahalanya mengalir sekalipun tali hayat terputus.

Rasulullah SAW bersabda:

نْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ ، إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه

Terjemahannya:"Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalan kecuali daripada tiga sumber: Sedekah yang berterusan faedah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

Baca juga: Jangan terlalu lokek, tak kurang sedikit pun harta kita kalau bersedekah atau berwakaf

Sumber: Sheereen Zulkefly, YADIM, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi