Risau anak meragam sewaktu berada dalam kapal terbang? Ini 7 tip yang mak ayah boleh lakukan

Iklan
BERCUTI BERSAMA ANAK (5)

Risau anak meragam sewaktu berada dalam kapal terbang? Ini 7 tip yang mak ayah boleh lakukan

MEMANDANGKAN sekarang musim cuti persekolahan, sudah tentu ramai ibu bapa yang mempunyai perancangan untuk mengembara bersama anak-anak.

Iklan
Iklan

Manfaatkan waktu yang ada dengan bercuti bersama keluarga tidak kiralah melancong dalam negara mahupun luar negara. Ia adalah idea yang terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan.

Iklan

Bukan apa, penulis rasa sungguh kasihan dan bersimpati dengan nasib ibu bapa yang terpaksa melayan si comel meragam, menangis dan adakalanya mengamuk sewaktu dalam kapal terbang.

[caption id="attachment_101689" width="800"] Kredit foto: Sarah Chai[/caption]

Iklan

Bagi orang dewasa jarak yang jauh dengan durasi yang panjang bukanlah satu masalah besar tetapi bagi kanak-kanak, ia sangat memenatkan dan membosankan.

Justeru, penulisan pada kali ini, SinarPlus akan berkongsi tip yang boleh mak ayah implemenkan sewaktu terbang bersama cahaya mata, berikut inti patinya:

i) Penerbangan terus ke destinasi.

[caption id="attachment_101690" width="800"] Kredit foto: Pixabay[/caption]

- Seperti yang kita ketahui, tempoh penerbangan yang lama membuatkan si kecil berasa penat dan bosan dengan keadaan sekeliling.

- Jadi untuk memastikan anak-anak selesa dan gembira dengan percutian, apa kata mak ayah cuba dapatkan tiket penerbangan terus ke destinasi tanpa memerlukan pertukaran kapal terbang.

Baca juga: DIY bercuti ke Switzerland bersama 3 orang anak, tak perlu khidmat pemandu pelancong

ii) Sediakan baju lebih sewaktu di dalam kapal terbang.

- Para ibu hendaklah menyediakan sepasang atau lebih pakaian lengkap si anak dan untuk diri mereka.

- Mak ayah perlu memikirkan kebarangkalian si anak muntah atau mungkin minuman atau makanan tumpah pada pakaian.

iii) Pastikan pakaian anak selesa.

[caption id="attachment_101691" width="800"] Kredit foto: Sarah Chai[/caption]

- Tidak dinafikan bahawa si ibu menginginkan anak-anak mereka memakai pakaian yang comel dan sesuai dengan percutian.

- Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa keselesaan mereka jauh lebih penting dari aspek penampilan.

- Ibu bapa harus mengutamakan keselesaan si kecil dengan menitikberatkan faktor sekeliling sebelum mengenakan apa-apa pakaian kepada mereka.

iv) Menyewa kelengkapan anak seperti kerusi kereta bayi.

- Apabila bercuti ke destinasi yang jauh dan memerlukan penggunaan pengangkutan seperti kereta api, kapal terbang dan bot, amat mustahil untuk ibu bapa membawa kelengkapan anak secukupnya.

- Jadi, mak ayah disarankan untuk menyewa kelengkapan anak sebaik sahaja tiba di destinasi.

v) Tukar lampin bayi sebelum penerbangan.

[caption id="attachment_101692" width="800"] Kredit foto: MART PRODUCTION[/caption]

- Elakkan menukar lampin anak di dalam kapal terbang kerana keadaan itu tidak memberi keselesaan kepada si kecil kerana ruang yang terhad.

- Oleh yang demikian, sebelum memasuki kapal terbang, tukar lampin anak terlebih dahulu walaupun lampin mereka belum penuh.

vi) Menyusukan bayi sewaktu pesawat berlepas.

- Bagi mengelakkan bayi tidak selesa dengan perubahan altitud, si ibu digalakkan untuk menyusukan anak sewaktu pesawat berlepas.

- Menyusu sememangnya membantu bayi untuk memperbetulkan semula ketidakselesaan pada telinga akibat perubahan tekanan.

vii) Bawa bersama barang kesukaan bayi.

[caption id="attachment_101693" width="800"] Kredit foto: Lukas[/caption]

- Sekiranya anak anda tidak boleh melelapkan mata sewaktu penerbangan, adalah mustahil untuk mereka berkelakuan baik sepanjang tempoh berkenaan.

- Justeru perkara yang boleh mak ayah lakukan dengan membuat persiapan rapi membawa mainan, buku dan makanan ringan kesukaan mereka ke dalam kapal terbang.

Dalam merancang percutian, faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah keselesaan anak-anak.

Buat ibu bapa yang pertama kali mahu menggembara bersama cahaya mata, nasihat kami, alangkah baik sekiranya kalian memulakan percutian ke destinasi dekat terlebih dahulu supaya anak-anak menikmati momen perjalanan yang indah dan mengujakan.

Baca juga: Kena letak duit syiling dalam freezer sebelum bercuti atau balik kampung, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Baca juga: Tak kisah kalau nak bercuti, tapi jaga bajet, perbelanjaan sekolah anak-anak perlu diutamakan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.