BIADAB, demikian luah warganet selepas mengikuti hantaran yang tular di laman sosial yang memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan menceritakan pencabulan dipercayai dilakukan guru taska lelaki.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi tentang kejadian yang menimpa anak kepada ejen beliau.
Menurut si ibu, anaknya seakan trauma hingga enggan pulang ke rumah kerana bimbang dibawa ke taska tersebut semula.
"Saya perlu terangkan bahawa kami akan balik ke rumah, bukan ke rumah itu (taska). Anak saya menangis dan memberitahu bahagian intimnya sakit selepas balik daripada rumah pengasuh itu.
"Saya fikir banyak aspek mungkin ia disebabkan oleh lampin yang dipakai dan sebagainya. Saya melatihnya agar tidak memberi kebenaran lelaki menyentuh.
"Selepas ditanya siapa yang memegangnya anak beritahu guru berkenaan memegangnya. Saya fikir mungkin guru perempuan atau pengasuh perempuan," ujar si ibu.
Baca juga: 6 perkara ibu bapa wajib ajar pada anak usia 3 tahun ke atas tentang keselamatan diri
[caption id="attachment_101717" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]
Malah ibu yang dikenali sebagai Ferra mendedahkan si kecil itu cuba mengelak berhadapan dengan lelaki yang didakwa. Malah perubahan emosi juga dapat dilihat.
"Bermula dari situ saya perasan apabila guru tersebut yang sambut, dia tidak mahu ke sekolah.
"Baru-baru ini dia memberitahu punggung sakit sehingga saya pun tidak dibenarkan untuk memegangnya. Dia mengadu 'sakit ma, sakit ma'.
"Ia membuatkan saya teringat semula mengenai perkara yang berlaku sebelum ini. Tiga hari kebelakangan ini saya perasan anak banyak termenung,” ujar si ibu.
Hafiz mendedahkan pihaknya terkejut dan sedih dengan perkara yang didakwa.
"Saya dan isteri terus ke hospital. Doktor sahkan memang ada kesan pada bahagian intim. Apabila sampai dan tengok tadi, kasihan sangat. Ibunya menangis dan menceritakan anaknya banyak termenung.
"Video ni, saya minta keizinan team saya untuk di kongsi. Saya harap, 'manusia' semakin takut untuk memperlakukan kanak kanak seperti ini. Dengan izinnya, ALLAH sentiasa bersama kalian.
[caption id="attachment_101718" width="800"] Kredit foto: Pixabay[/caption]
Baca juga: Penumpang bas ekspres disyaki dicabul pemandu, wanita wajib tahu 5 perkara ini
Baca juga: Ditarik masuk kenderaan, kanak-kanak lelaki trauma dicabul 10 lelaki bertopeng
Suami kepada ‘influencer’, Syafiqah Ainaa itu berkongsi menerusi IG Story memaklumkan beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak polis.
Dalam pada itu, Hafiz turut membuka ruang bagi warganet menyumbang kepada ibu mangsa menerusi Pertubuhan Sahabat Ainaa.
Warga maya meluahkan rasa geram dan amarah susulan pendedahan. Rata-rata mahu si kecil itu mendapat keadilan sewajarnya.
-"Biadab, sampai hati buat budak macam ini.”
-"Ya ALLAH kejamnya manusia bernafsu begini. Sedihnya dengar suara pun boleh nangis.”
-"Tolong bagi lelaki itu pengajaran. Buat dia menyesal seumur hidup.”
-"Boleh dikenakan Seksyen 14(A) Akta Kesalahan - Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.”
-"Berderau darah, betapa penting pendedahan awal siapa boleh sentuh. Semoga yang bersalah diberi hukuman setimpal.”
-"Ya ALLAH tidak sampai hati dengar suara anak ini. Tolong ambil tindakan kepada guru tersebut."
Didik sentuhan selamat dan tidak selamat
Ajar si kecil tentang sentuhan selamat adalah seperti ciuman pada pipi, memeluk dan bersalam. Sentuhan tidak selamat pula berlaku pada bahagian-bahagian sulit pada tubuh.
Terdapat empat tempat sulit yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sahaja termasuk ibu bapa, guru dan sebagainya iaitu mulut, dada, kemaluan dan punggung.
Jika terdapat individu yang sentuh empat tempat ini, ajar anak untuk menjerit dan menangis sekuat-kuatnya kemudian melaporkan kepada individu boleh dipercayai seperti ibu bapa.
Sebaik-baiknya latih anak yang ke tandas, tidak perlu bergantung kepada lampin pakai buang seawal usia dua tahun.
Baca juga: 4 tahun diperkosa bapa durjana! Gadis, wanita ketahui punca elak kejadian
Baca juga: Didik anak sentuhan selamat, elak gangguan seksual kanak-kanak
Sumber: Hafiz Mahamad
Foto utama: Pixabay
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.