BAPA durjana! Sanggup perkosa anak gadis kandung di dalam rumah sendiri!

Begitulah yang terjadi di Kampung Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan apabila seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis disyaki merogol anak remajanya sejak empat tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, ini perincian kes tersebut;

1. Kali terakhir suspek didakwa berbuat demikian ialah pada tengah malam Khamis lalu.

2. Mangsa berusia 15 tahun yang juga pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Kota Bharu itu mendakwa didatangi suspek di bilik tidurnya sebelum dirogol.

3. Remaja itu mendakwa diperkosa bapanya sejak berusia 12 tahun. Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan pemeriksaan doktor mendapati ada kesan koyakan lama, berkemungkinan disebabkan tusukan objek tumpul.

4. Susulan laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, suspek ditahan di rumahnya pada jam 3 petang kelmarin.

5.Isteri suspek turut membuat laporan polis terhadap suaminya atas dakwaan mendatangkan kecederaan.

6. Suspek yang juga seorang penganggur mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah, namun ujian saringan dibuat mendapati keputusannya negatif.

7. Suspek direman tiga hari bermula kelmarin sehingga 15 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

8. Sebaik selesai, dia akan ditahan semula untuk siasatan bagi kes sumbang mahram mengikut Seksyen 376(3) KK yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan dikenakan sebat.

Baca juga Ibu reda Eril pergi, 14 hari baru ditemui, ini kronologi pemuda lemas di Switzerland

Jangan mandi! Ini apa yang perlu anda lakukan jika dirogol

Sementara itu, wahai gadis dan wanita di luar sana, ini punca kepada kes sumbang mahram yang perlu diketahui bagi mengelakkan diri menjadi mangsa.

1. Isteri pelaku gagal memenuhi kehendak suami

Isteri yang gagal memenuhi kehendak suami menjadi punca kepada berlakunya sumbang mahram namun biasanya ia bukanlah salah isteri semata-mata.

Antara faktor yang menjadi masalah ini adalah waktu kerja suami isteri yang berbeza. Hal ini menjadi punca kepada suami melampiaskan nafsu kepada anak mereka.

Kebanyakan isteri tahu akan hal ini namun mereka lebih rela suami mereka berlaku sedemikian daripada mereka mencari kepuasan diluar.

Mereka juga tidak mahu perkara ini diketahui oleh umum.

Surah al-Fil

2. Lemah iman

Hati-hati dengan lelaki sekeliling kita seperti ayah, abang atau adik lelaki. Kebanyakan pelaku sumbang mahram mempunyai tahap iman yang lemah dan tidak mempunyai ilmu agama yang cukup.

Penghayatan agama yang lemah akan mendorong nafsu untuk menguasai akal fikiran dan menyebabkan kejadian sumbang mahram lebih mudah untuk berlaku.

Kelemahan ini juga akan membuatkan mereka lebih mudah untuk terpengaruh dengan pornografi dan membawa kepada masalah nafsu yang tidak terkawal.

Jalan mudah untuk mereka melampiaskan nafsu adalah pada ahli keluarga mereka sendiri.

3. Batas pergaulan

Saudara rapat yang duduk berdua-duaan di tempat sunyi juga akan membawa kepada masalah sumbang mahram.

Ditambah pula dengan keduanya tidak menghiraukan larangan agama.

Selain itu, cara pakaian yang menjolok mata terutamanya ketika berada dirumah pastinya akan menaikkan nafsu mata yang memandang.

Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan menyebabkan nafsu semakin sukar dikawal.

Jika ada pula masalah kewangan atau keluarga yang porak peranda, pasti akan lebih tinggi risiko untuk masalah ini berlaku.

4. Tidak mengikut ajaran Islam

Pendidikan agama yang kurang juga akan membawa kepada masalah sumbang mahram.

Sebagai contoh, di dalam Islam, perlu wujud pengasingan bilik diantara anak lelaki dan anak perempuan dewasa.

Anak-anak ini tidak boleh dibiarkan tidur dalam satu bilik yang sama.

Islam mensyariatkan agar tempat tidur ini dipisahkan semenjak anak-anak berusia tujuh tahun.

Anak-anak juga perlu diajar untuk meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk kedalam bilik ibu bapa.

Batas pergaulan diantara anak perempuan dan bapa juga perlu dijaga kerana kebanyakan keluarga moden menganggap ciuman dan pelukan anak perempuan dewasa dengan bapa adalah sesuatu yang biasa.

Iklan

Baca juga Ibu luah rasa kecewa wajah anak dicakar, dihempap. Berikut 5 tip pemilihan taska terbaik

anak cranky clingy

5. Keruntuhan institusi keluarga

Faktor seperti penceraian juga turut menjadi punca kepada masalah sumbang mahram ini.

Bapa tiri atau adik beradik tiri yang tidak mempunyai tahap keimanan dan pegangan agama yang tinggi biasanya tidak kisah akan hal-hal sumbang mahram ini.

Begitu juga halnya bagi ibu bapa yang tidak berkahwin semula, di mana hilang ketua untuk memantau pergaulan anak-anak di rumah.

Ia akan diburukkan lagi jika batas pergaulan dan pemakaian tidak dijaga.

6. Tidak menutup aurat yang sepatutnya ketika di rumah

Walaupun mempunyai pertalian, agak mustahil untuk mengelakkan daripada fikiran dikuasai nafsu jika melihat anak perempuan tidak menutup aurat dengan sepatutnya ketika berada dirumah.

Ditambah pula dengan faktor-faktor lain yang wujud, maka potensi untuk berlaku kes sumbang mahram akan menjadi lebih tinggi.

7. Pengaruh video pornografi

Zaman sekarang ini teknologi semakin canggih, segala apa yang kita fikirkan boleh sahaja di dapati di enjin carian di internet.

Iklan

Banyak laman web yang menayangkan video-video lucah mudah sahaja untuk dicapai oleh pengguna.

Pelbagai jenis ‘genre-genre’ yang mengarut yang boleh mereka depat. Ada antara genre tersebut yang memaparkan adegan seksual antara ibu dan anak lelaki, ayah dan anak perempuan, juga antara adik beradik.

Genre yang mengarut sebegini juga mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para penonton.

Akhirnya, pengaruh dari video berunsur pornografi sebegini lah yang menjadi punca utama kenapa seseorang itu mempunyai keinginan seksual terhadap ahli keluarga sendiri.

Jadi, apakah yang boleh dilakukan jika menjadi mangsa sumbang mahram?

1. Anda perlu memaklumkan kepada seorang dewasa yang anda boleh percayai seperti guru, kakak, ibu.

2. Perkara ini perlu didedahkan. Ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan. Walaupun ia adalah perkara yang telah lama berlaku, anda masih boleh mendapatkan pertolongan.

3. Diri anda adalah tanggungjawab anda.

Justeru, buat gadis dan wanita di luar sana, jaga diri dan keselamatan di sekeliling kita tidak kiralah walaupun dalam rumah sendiri.

Jangan mudah percaya kepada insan bergelar lelaki kerana hanya kerana nafsu, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Elak diri daripada menjadi mangsa diperkosa.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI