MASUK tahun keempat sejak kes awal COVID-19 dilaporkan merebak di Wuhan (China), virus penyakit berjangkit ini terus bermutasi dan masih mengancam kesihatan, ekonomi dan masyarakat dunia secara keseluruhan.
Dalam taklimat media secara maya dari Geneva, Switzerland pada 4 Januari lepas, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyuarakan kebimbangan penularan meluas Covid-19 melibatkan subvarian baharu di beberapa bahagian dunia.
Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 iaitu rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara.
[caption id="attachment_102663" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]
Baca juga: Varian BA.5.2, BF.7 dari China sudah sampai di Malaysia, 20 info wanita perlu ambil tahu
WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini. Berikut 10 fakta anda perlu tahu:
1-Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB. Survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit Covid-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus.
2-Diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian 60.1 (10.8 peratus).
3-Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam kenyatan media 2 Januari 2023, varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022.
Baca juga: Omicron XBB berisiko jangkiti bekas pesakit varian Delta, 10 info wajib tahu elak penularan
4-Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).
5-Beliau menyebut, di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.
6-Kedua-dua varian ini tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO.
8-Prof Wendy Barclay dari Imperial College London berkata XBB.1.5 mempunyai mutasi yang dikenali sebagai F486P yang memulihkan keupayaan untuk mengikat sel sambil terus mengelak imuniti. Itu menjadikannya lebih mudah tersebar.
Baca juga: Letih waktu pagi, rambut gugur, saintis dedah 4 tanda baru Covid-19, Long Covid
[caption id="attachment_103377" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
9-Lebih 40 peratus kes Covid-19 di Amerika Syarikat dianggap disebabkan oleh XBB.1.5 menjadikan ia strain yang dominan.
10-Pada awal Disember, ia menyumbang hanya empat peratus daripada kes, jadi ia telah mengatasi versi Omicron yang lain dengan cepat.
Imbas kembali kes pertama Covid-19 dilaporkan 25 Januari 2020 melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.
Dengan 5,029,337 kumulatif kes Covid-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,058,315) dan Ukraine (5.357,941).
Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (245,542) diikuti oleh Korea Selatan (56,854) dan Brazil (30,865).
Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,121,059 kes.
Baca juga: Covid-19: Fenomena maut tanpa gejala gara-gara happy hypoxia
Sumber: New Zealand Herald, BBC
Foto utama: Pixabay
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi