KEHADIRAN subvarian Covid-19 Omicron XBB menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini.

Umum mengetahui virus Covid-19 terus bermutasi sebagai satu cara untuk terus bertahan dan membiak.

Ia berkecenderungan untuk berubah apabila ia merebak, mencipta strain dan varian yang berbeza dengan gejala dan kadar jangkitan yang berbeza-beza.

Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini mengesan gelombang kecil subvarian tersebut negara ini dan menjangkakan berlaku sedikit peningkatan kes wabak berkenaan beberapa minggu akan datang.

Baca juga: Mula dikesan India, ini 10 info dan simptom Omicron XBB wanita perlu tahu

Menteri Kesihatan,  Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Twitter barru-baru ini berkongsi kes harian  Covid-19 menghampiri 4,000 ribu hari ini yang mana  96 peratus yang dijangkiti pada kategori satu dan dua.

“Kita sedang mengalami gelombang jangkitan. Sama ada gelombang ini kecil atau besar bergantung pada tindakan kita. Pelitup muka sangat digalakkan tempat sesak atau tertutup, Test, Report, Isolate, Inform, Seek (TRIIS) dan ubat Paxlovid untuk high risk patient,” ciapnya.

“Kes COVID menghampiri 4,000 ribu hari ini. 96% kategori 1 & 2.
Kita sedang mengalami gelombang jangkitan. Samada gelombang ini kecil atau besar bergantung pada tindakan kita.

1) Pelitup muka sangat digalakkan tempat sesak/tertutup.
2) TRIIS
3) Ubat Paxlovid untuk high risk patient.

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) November 2, 2022

Covid-19 Omicron XBB dikatakan berisiko menjangkiti bekas pesakit varian Delta.

Baca juga: Anak kecil hidap resdung lebih berisiko dijangkiti influenza dan Covid-19. Ini penjelasan pakar

Berikut info mengenai sub-varian ini yang perlu anda tahu bagi meningkatkan kewaspadaan:

1-Sub-varian XBB merupakan sub-varian Omicron yang telah berkembang daripada sub-varian BA.2 Omicron sedia ada.

2-ia adalah recombinant daripada sub-varian BA.2.10.1 dan BA.2.75 dengan beberapa mutasi tambahan pada spike protein.

3-Ia lebih mudah merebak berbanding sub-varian Omicron yang lain.

4-Selain bekas pesakit Covid-19 varian Delta, individu yang berisiko menjangkiti mereka yang tidak dijangkiti Covid-19.

5-Mereka yang dijangkiti varian Omicron lebih daripada enam bulan juga berisiko dijangkiti.

6-Selain itu mereka yang mengambil dos vaksin terakhir lebih daripada enam bulan lalu juga boleh dijangkiti Omicron XBB ini.

Iklan
Kredit foto: Freepik

7-Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata peningkatan bilangan kes baharu dan indikator-indikator utama yang lain adalah dijangkakan susulan pengesanan sub-varian Omicron XBB di Malaysia.

8-Bagaimanapun, belum ada bukti tentang perubahan dalam kebolehannya untuk menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

9-Individu yang telah menerima vaksin boleh dijangkiti sub-varian tersebut, namun vaksinasi masih memberikan perlindungan yang baik terhadap penyakit Covid-19 yang serius.

10-Adalah penting untuk mendapatkan dos penggalak bagi yang layak terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi.

Covid-19 masih ada di sekeliling kita, justeru sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan berwaspada selalu. Semoga langkah yang diambil mampu menghindarkan diri dan keluarga daripada sub-varian ini.

Iklan

Baca juga: #SiBibirMerah: Wanita, pilihlah memakai pelitup muka untuk keselamatan diri, anak, orang lain

Sumber: KKM

Kredit foto utama: Freepik, Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi