Tahu hamil selepas PRU15, Nurul Izzah kongsi berita duka keguguran

Iklan
4_20230124_214039_0003

HAMIL selepas Pilihanraya Umum ke-15 baru-baru ini, bagaimanapun puteri sulung Perdana Menteri, Nurul Izzah Datuk Seri Anwar, 42,  baharu sahaja keguguran.

Iklan
Iklan

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendedahkan kesibukannya membuatkan beliau tidak berkesempatan bertemu kedua ibu bapa.

Berkongsi foto berpelukan dengan ibu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil diperhatikan Perdana Menteri, isteri kepada pengkaji Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong itu meluahkan kesedihan.

Baca juga: Kembali bergelar isteri, hati Nurul Izzah kini dimiliki Yin Shao Loong, 10 fakta menarik mengenainya

Iklan

"Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama.

Iklan

‎إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"Sesungguhnya kami milik ALLAH dan sesungguhnya kepada-NYA kami kembali," titip Nurul Izzah.

Nurul Izzah yang pernah digelar Puteri Reformasi menyelami perasaan wanita yang kehilangan bayi yang dalam kandungan atau keguguran.

Baca juga: Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya

"Syukur Alhamdulillah, saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod dan pengalaman yang sama.

"Ucapan syukur nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa  walaupun mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.

"Jadi kepada anda yang hampir semua pernah merasai kehilangan. Kita boleh mendoakan, beri pelukan maya dan mengingatkan bahawa kehidupan akan diteruskan," kongsinya.

Tidak mendedahkan usia kandungan ketika keguguran, Nurul Izzah reda dan positif.

Baca juga: Setelah 24 tahun ucapan syahdu Nurul Izzah kepada bapa tersayang tarik perhatian warga maya

"Keindahan, kegembiraan dan kebahagiaan sentiasa mengintai dari setiap sudut. Sama ada senyuman Safiyah, Harith dan Yu Zhou atau dalam pelukan hangat papa dan mama saya sendiri. Setiap saat adalah penting.

"Penyembuhan ini adalah satu perjalanan dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini lakukan sahaja. Sebelum kehidupan seterusnya bermula ❤️, insya-ALLAH," titipnya.

Nurul Izzah dan Yin Shao Loong bernikah pada 5 Ogos 2022 dalam satu majlis ringkas di kediaman keluarga di Bandar Sungai Long, Kajang.

Baca juga: Anak meninggal ketika masih kecil, ibu ayah reda dan bersabarlah. Anak syurga akan beri syafaat masuk ke jannah

Nurul Izzah sebelum ini pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahir pada Mei 2003 dan berpisah pada tahun 2015. Perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata, Raja Nur Safiyah, 15 dan Raja Ahmad Harith, 13.

Warga maya menzahirkan takziah atas kehilangan dan mendoakan kesejahteraan Nurul Izzah.

-" I am so so sorry for your loss Izzah."

-" Innalillahi wa inna ilaihi raajiun. Salam takziah Izzah dan keluarga. Moga ALLAH gantikan kesedihan dengan rezeki-rezeki yang lebih baik, khabar-khabar yang menggembirakan. Insya-ALLAH."

-" Semoga ALLAH menggantikan kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik."

-"ALLAH lebih menyayangi, sayangnya ALLAH kepada YB dan keluarga DIA beri ujian yang sangat besar. Insya-ALLAH sedang menunggu di pintu syurga tertinggi. Aamiin Ya Rabb."

Baca juga: Isteri Fazley pernah gugur 13 kali termasuk 2 pasang kembar, tip penjagaan diri selepas keguguran bagi wanita muda

Sumber: Facebook Nurul Izzah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi