Isteri Fazley pernah gugur 13 kali termasuk 2 pasang kembar, tip penjagaan diri selepas keguguran bagi wanita muda
PERNAH keguguran sebanyak 13 kali yang melibatkan kehilangan dua pasang zuriat kembar, pendedahan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tentang isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz menyentuh hati.
Fazley yang mengahwini Azrene pada 7 November 2006 kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 13, Ahmad Fieradz Shah, 12, dan Ahmad Firudz Shah, 10 dan Alayna Selma, 5.
Mengenang kembali detik awal perkahwiann, penyanyi lagu Asmara Ini itu menzahirkan penghargaan buat Azrene selepas mengharungi pelbagai cabaran sepanjang berumah tangga.
Baca juga: Bukan semua pendarahan ketika hamil petanda keguguran. Ini antara sebab-sebabnya
“We made it, 16 tahun hari ni adik Sayang! Terlalu banyak cabaran dan dugaan bukan daripada kita berdua, tetapi mereka yang sering mencuba untuk memisahkan dan menggoyang masjid yang kita bina selama ini. Terlalu besar pengorbanan kedua-dua belah keluarga untuk memastikan kita bersatu dengan pernikahan," luah Fazley.
Pemilik Suka Sucre Bistro itu juga turut terkenangkan pengorbanan isteri yang hamil dan melahirkan zuriat mereka ke dunia. Siapa sangka pasangan itu pernah mengalami 13 kali keguguran sepanjang berkahwin.
“Syukur Alhamdulilah, walaupun berhadapan dengan 13 kali keguguran termasuk dua pasang kembar yang mana salah satunya adalah anak sulung, kini kita berjaya membesarkan tiga anak lelaki dan seorang puteri. ALLAH Maha Besar, segala ketentuan-NYA tidak akan mampu diubah oleh sesiapapun.
“Selamat ulang tahun perkahwianan ke-6 kepada adik sayang @azrene_ahmad," titipnya.
Baca juga: Radang otak, keguguran, bahayanya influenza kepada ibu hamil
Warga maya yang tersentuh dengan perkongsian itu turut menitipkan doa agar ikatan kasih sayang dan kebahagian mereka terjalin sehingga ke jannah. Ujar mereka:
-“Selamat ulang tahun, moga ALLAH melindungi keluarga Datuk Fazley dan isteri dengan penuh rahmat dan kasih sayang hingga jannah.”
-“Selamat ulang tahun ke-16 untuk anda berdua! Mengalami tiga kali keguguran pun sudah cukup sukar, tidak terbayang jika 13 kali keguguran. Ya ALLAH semoga percintaan dan jodoh pasangan berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus. Aamiin.”
-“13 kali gugur? Masya-ALLAh Datuk. Semoga terus berbahagia hingga ke syurga.”
-“Tiga kali keguguran pun sudah perit, ini kan pula 13 kali, masya-ALLAH. Moga ALLAH merahmati kalian, kekal hingga ke syurga”
Baca juga: Fida Ibrahim keguguran, janin 4 bulan disambut atas tapak tangan
8 TIP PENJAGAAN DIRI SELEPAS KEGUGURAN
Setiap kali seseorang wanita itu hamil, kadar keguguran pada trimester pertama adalah dalam lingkungan 15 peratus. Bagaimanapun tidak semua kes keguguran perlu melalui prosedur dilatation and curettage (D&C).
Penting bagi wanita menjaga kesihatan diri selepas keguguran. berikut 10 perkara yang boleh dilakukan untuk memulihkan diri dan bersedia untuk hamil semula:
1-Rehat selama seminggu jika anda mengalami keguguran pada trimester pertama, bercuti di rumah lebih baik bagi mengurangkan risiko pendarahan.
2-Berehat dan ambil masa untuk pemulihan tubuh. Bagi wanita yang keguguran pada usia kandungan enam hingga lapan minggu, cuti selama sebulan setengah adalah disarankan.
3-Elakkan melakukan kerja-kerja yang berat.
4-Elakkan hubungan intim selama sekurang-kurangnya enam minggu.
5-Jangan melakukan senaman secara keterlaluan kerana tubuh masih dalam peringkat penyembuhan.
6-Ahli keluarga dan orang sekeliling perlu memberikan sokongan kerana wanita keguguran mengalami kehilangan yang menyedihkan.
7-Dapatkan pemeriksaan doktor secara berkata untuk memastikan tahap kesihatan semakin baik.
8-Bagi yang merancang hamil lagi, dinasihatkan agar mengambil pil asid folik setiap hari sebagai langkah persediaan untuk memulakan kehamilan yang seterusnya.
Baca juga: 12 tahun menanti jadi ibu, 13 kali gugur, wanita nekad hamil akhirnya lahirkan anak pertama
Sumber: fazleyyaakob, azrene_ahmad
Kredit foto: Instagram fazleyyaakob, azrene_ahmad
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang