CEF selebriti popular, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau Chef Wan menangis di konti stesen radio popular menjadi perhatian ramai.
Beliau yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani pada 12 Januari lalu telah diundang untuk segmen Bicara Petang Bersama Haiza Hanafi & Hanif Miswan Close Up Bersama Datuk Chef Wan.
Menerusi video yang dikongsikan, lagu Kasihnya Ibu nyanyian biduanita Sharifah Aini diputarkan menyebabkan Chef Wan menangis sehingga penyampai yang bertugas, Haiza Hanafi bertanya tentang kehilangan yang dihadapi cef terkemuka itu.
Menurutnya, sedih dan gembira adalah sebahagian daripada hidup. Paling penting ialah bagaimana seseorang belajar daripadanya dan menjalankan tanggungjawab.
"Off course Haiza, dalam hidup ini ada happy time dan sad time. This is life. Whether we like it or not, is about what we are learning all the lesson.
"You know, to make kita a happy person, a person with much more kind in various fields in life. To be a responsible person.
"Kalau kita ada tanggungjawab jaga anak, anaklah. Kalau kita diberi tanggungjawab suami, suamilah. Kalau kita diberi tanggungjawab isteri, isterilah. Beri nafkah apa semua, buat perkara yang betul,” kongsinya.
Simpati dengan situasi cef berusia 65 tahun itu, Haiza memohon maaf pada ruangan komen.
Warga maya menegur sikap stesen radio tersebut dan didakwa kurang prihatin dengan keadaan Chef Wan yang masih dalam fasa mengubati kesedihannya. Ujar mereka:
-"Masih dalam tempoh bertenang, mengubati kesedihan, kerinduan. Kenapa nak naikkan rating dengan buat perkara macam ni?”
-" Datuk Chef Wan ni jangan mak dia sampai hujung nyawa arwah. Aku boleh kata perfect dia jaga. Tiptop. Sudah tentu dia akan terkesan. Dia yang jaga sampai arwah pergi. Tolonglah ada rasa simpati sikit.”
-"Please jaga sensitiviti someone, especially someone itu public figure. Bukan tak tahu tau beliau baru kehilangan ibu.”
-"Sudah tentu sedih..sebab DCW jaga arwah mak macam permaisuri.”
-"Harap lepas ini kena sensitif tentang perasan orang yang baru kehilngan ibu. Tak payah mainkn lagu-lagu macam tu semua orang sayangkan ibu. Kesian DCW menangis teresak-esak”
Ibu Chef Wan meninggal dunia selepas mengalami kegagalan fungsi hati dan dalam masa yang sama menyakit kanser payudara, demensia dan Alzheimer.
Baca juga: Lama tahan tangisan, talkin dibaca air mata Chef Wan berderai, orang terakhir tinggalkan kubur ibu
TIP HADAPI KEHILANGAN ORANG TERSAYANG
Kematian orang yang tersayang boleh menimbulkan pelbagai keadaan dan perasaan yang bercampur-baur. Reaksi kepada situasi ini dikenali sebagai perkabungan.
Perkabungan merupakan satu reaksi yang sihat dan semula jadi di dalam menghadapi kematian orang yang kita sayang. Setiap individu melalui saat berkabung dengan cara yang berbeza.
Reaksi dalam proses berkabung dipengaruhi beberapa situasi:
-Cara kematian itu terjadi-sama ada ia secara mengejut atau selepas sakit yang berpanjangan.
-Tahap keakraban perhubungan antara individu dengan si mati
-Personaliti individu dan kemahiran menangani masalah/ situasi
-Pengalaman hidup individu yang melalui saat kehilangan
-Jalinan sokongan ahli keluarga dan orang sekeliling
Peranan individu di sekeliling amat penting bagi membantu memulihkan mereka yang berdepan dengan trauma kehilangan ahli keluarga. Sentiasa berhubung dan bertanya khabar serta menjadi pendengar yang baik.
Baca juga: #SiBibirMerah: Trauma hilang insan tersayang, segera ubati rasa sedih, usah sampai kemurungan
Awas jika mengalami simptom kemurungan. Bagi menghindari komplikasi berpanjangan akibat daripada perkabungan, langkah- langkah berikut boleh diambil:
-Luahkan perasaan anda terhadap orang yang tersayang
-Kekalkan gaya hidup yang sihat
-Laluilah proses berkabung dalam situasi yang anda rasa sesuai dan selesa. Jangan membiarkan orang lain memberitahu bagaimana anda patut berperasaan atau memaksa diri anda untuk merasakan perasaan yang tidak wujud
-Rancang masa depan anda terutamanya dalam perkara atau aktiviti yang biasanya dilakukan bersama si mati
-Kesedihan dan trauma berpanjangan yang tidak dirawat boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan menyebabkan kemurungan.
-Sekiranya perasaan sedih itu terus berlarutan sehingga mengganggu aktiviti seharian, segera dapatkan bantuan serta penilaian dan rawatan daripada profesional.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi