PEMERGIAN ibu bapa sudah tentu menjadi suatu kehilangan yang besar kepada anak-anak. Tiada lagi ibu tercinta, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail  atau Chef Wan meluahkan kesedihannya selepas selesai proses pengebumian di Tanah Perkuburan Cyberjaya 10, Cyberjaya.

Sepanjang proses pengurusan jenazah, lama beliau menahan tangisan. Namun air matanya berderai jua saat talkin dibacakan di tanah perkuburan.

Baca juga: ‘Duit boleh cari, ibu inilah satu-satunya.’- Chef Wan tolak tawaran, kanser Cik Ani makin merebak

“Alhamdulilah mak selamat dikebumikan di tanah perkuburan. Semuanya lancar dimandikan dan di kafan jenazah di Masjid Putra Putrajaya sampailah pengebumian beliau.

“Saya cuba menahan air mata  dari masjid hingga ke tanah perkuburan tetapi bila talkin dibaca akhirnya berderai juga,” luahnya.

 

Berkongsi foto pusara, pemilik restoran De.Wan 1958 by Chef Wan itu seolah enggan berpisah dengan si ibu hingga menjadi orang terakhir meninggalkan kubur.

“Saya adalah orang terakhir meninggalkan kubur ibu sebentar tadi kerana saya mahukan masa bersamanya.

“Berat sungguh kaki mahu meninggalkan emak di tanah perkuburan tadi seorang diri,” titipnya.

Baca juga: Wajibkah anak ganti puasa ibu bapa yang sudah meninggal dunia?

Bapa kepada cef selebriti, Chef Riz dan pelakon Serina itu menyifatkan kenangan dengan ibu sebagai sejarah dalam hidupnya.

“Berjurai lagi air mata saya. Tetapi semua ini kini telah menjadi sebahagian daripada sejarah saya. Semoga rohnya diampuni ALLAH dan diletakkan bersama orang yang beriman. Rest in peace mak, al Fatihah,” kongsi Cef Wan.

Siapa yang biasa mengikuti Chef Wan di Instagram pasti terinpirasi dengan kesungguhan beliau menjaga ibunya.

Baru-baru ini Chef Wan menolak tawaran menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelog untuk berada di sisi Allahyarham Noraini yang mesra dipanggil Cik Ani.

 

Allahyarham ibu beliau menghidap menyakit kanser, demensia dan Alzheimer. demi insan keramat, chef wan sanggup berhabis wang ringgit mendapatkan khidmat jururawat terlatih.

Baca juga: ‘Duit boleh cari, ibu segala-galanya.’ Demi Cik Ani, Chef Wan upah jururawat bergaji hampir RM6,000 sebulan

Iklan

Rakan selebriti menitipkan takziah dan mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.

-“Salam Takziah buat Chef Wan and famili dan semoga arwah tenang di negeri Abadi.”

-“Segalanya hanya tinggal kenangan, rindu tidak terubat bila orang kita sayang mengadap Sang Pencipta. Salam Takziah TokWan dan famili.”

-“Innalillahi wainnailaihirojiun. She is done here Chef. Moga Allah kurniakan kesabaran dan redha to you and family Chef. Highest Jannah for her. Amiin.”

-“Chef Wan hebat memberikan ibu penjagaan yang terbaik dan kasih sayang tanpa syarat. Dia pasti menyukai hidupnya bersama anaknya ini. Terima kasih kerana menjadi inspirasi kepada kami semua. Kerana menunjukkan kepada kita bagaimana ibu bapa harus dijaga dalam keadaan sakit dan mahupun sihat, selama mereka masih dalam hidup. Semoga ALLAH merahmati roh dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang disayangi-NYA.”

Iklan

Baca juga: Sayang ibu, Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

Baca juga: #SiBibirMerah: Trauma hilang insan tersayang, segera ubati rasa sedih, usah sampai kemurungan

Sumber: Instagram Chef Wan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.